Monday 29 February 2016

Harga Minyak Bakal Turun Lagi Bermula Esok?


Harga pasaran bagi minyak petrol RON 95, RON 97, Diesel dan Gas dijangka bakal mengalami penurunan bermula 1 Mac ini. Ini berikutan kadar nilai semasa minyak mentah dunia yang dilaporkan mengalami penurunan di pasaran antarabangsa sejak minggu lalu.
Sumber dari Kementerian kewangan memberitahu, harga pasaran semasa untuk bulan hadapan dijangka akan mengalami penurunan RM 0.10 hingga RM 0.20 per liter. Ini memungkinkan rakyat negara ini menikmati kadar minyak petrol, diesel dan gas pada harga yang murah untuk temph 5 tahun kebelakangan ini.
download (8)
Menurut sumber ini lagi, penurunan kadar minyak mentah di pasaran dunia sejak akhir-akhir ini adalah berikutan langkah sebilangan negara-negara OPEC yang enggan mengurangkan jumlah pengeluaran minyak mereka sehingga lambakan berjuta-juta tong di pasaran antarabangsa.
Namun begitu, menurut beliau lagi, penurunan ini dijangka akan dapat diatasi menjelang pertengahan tahun ini. Namun begitu, ekonomi negara termasuk kadar tukaran wang asing negara tidak begitu terjejas dengan penurunan harga minyak mentah dunia ini.
Apa yang pasti, disaat dunia sedang pening memikirkan ketidak upayaan mereka mengawal harga minyak di pasaran dunia, rakyat negara ini akan terus menikmati penurunan harga minyak petrol, diesel dan gas bermula esok, antara yang terendah di pasaran Asia Tenggara.
Masih lagi enggan bersyukur?