Monday 29 February 2016

Harga RON95 Turun 15 Sen Seliter


KUALA LUMPUR: Harga minyak bagi RON95 turun sebanyak 15 sen kepada RM1.60 seliter berbanding RM1.75 seliter sebelum ini.
Manakala harga jualan bagi RON97 turun sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter daripada RM2.05 seliter.
Menurut penguasa minyak, harga ini akan berkuatkuasa selepas tengah malam ini.
Bagaimanapun harga untuk diesel kekal tidak berubah iaitu RM1.35 seliter.