Tuesday 1 March 2016

Mahathir Juga Patut Keluar Dari Petronas Dan Proton


Pengumuman Tun Dr Mahathir keluar daripada UMNO, bukan suatu berita yang mengejutkan. Ini kerana, ramai yang telah menjangkakan bahawa beliau pastinya akan bertindak meninggalkan UMNO samada cepat atau lambat kerana beliau sudah lagi tidak sependapat dengan Datuk Seri Mohd Najib, selaku Presiden UMNO.
Hari ini menyerlahkan sikap gentleman beliau apabila jika hati sudah tidak berkenan, jalan terbaik adalah keluar daripada UMNO yang beliau sendiri tubuhkan pada tahun 1988, juga akibat kesilapan dan kemaruk kuasa yang ada pada diri beliau sendiri.

download (10)

Dengan pengumuman keluarnya beliau dari UMNO, maka secara tidak langsung beliau juga sudah tidak ada kena mengena dengan kerajaan hari ini. Seperti sedia maklum, banyak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan masih diketuai oleh Tun M seperti Petronas dan juga Proton.
Persoalan mudah, jika sudah tidak mempunyai kepercayaan kepada kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib, kenapa mesti menduduki kerusi pengerusi di syarikat-syarikat GLC kerajaan? Jawatan yang beliau sandang, bukan dari pemilihan pemegang-pemegang saham syarikat berkenaan, melainkan ianya adalah lantikan daripada kerajaan.
Oleh kerana itu, adalah lebih sesuai andai Tun M sendiri berundur dari syarikat-syarikat milik kerajaan yang masih beliau pengerusikan. Ini kerana, barulah ianya dikatakan sebagai gentleman apabila hati sudah membenci, maka bencilah keseluruhannya.

download (11)

Untuk apa lagi beliau mengetuai syarikat yang berasaskan kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib jika beliau kini sudah tidak lagi ada kena mengena dengan kerajaan? Malah, usah dilupa, bagaimana beliau membina kekayaan beliau dan anak-anak beliau hasil daripada UMNO yang ditadbirnya selama 22 tahun sebelum ianya kini bukan lagi diketuai oleh beliau.