Tuesday 1 March 2016

Tanpa Mahathir, UMNO Masih Boleh Berjaya Dan Semakin Mantap.


Parti UMNO sebenarnya sedikit pun tidak terjejas dan tetap masih boleh berjaya tanpa ada bekas pemimpin bernama Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sudah bergelar bekas Perdana Menteri dan bekas ahli UMNO.
Hari ini, petang tadi Dr Mahathir mengumumkan beliau keluar buat kali kedua dari parti UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebelum ini, beliau keluar dari UMNO kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jika Dr Mahathir tidak keluar sendiri dari parti, Jawatankuasa Disiplin UMNO mempunyai banyak alasan untuk melucutkan keahlian UMNO Dr Mahathir dan memecat beliau dari parti.
Ini adalah kerana beliau terus menerus membuat dakwaan ke atas Najib tanpa bukti yang kukuh dan dakwaan Dr Mahathir juga sudah terbukti tidak berasas.
Beliau menuduh Najib yang juga Presiden UMNO menerima wang secara salah berjumlah RM2.6 bilion dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM42 juta dari syarikat SRC International dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau di dalam sebuah bank di dalan negara.
Akhirnya, hasil siasatan mendapati wang berkenaan adalah wang derma dari keluarga Diraja Arab Saudi dan tiada salah laku jenayah disahkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Dek kerana takut dan hilang reputasi andai diambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin, jalan terbaik adalah umum keluar parti sebelum terlambat nanti. Beliau pun berada dalam parti bukan untuk bertanding Ketua Bahagian atau mahu bertanding pilihan raya pun, zaman itu semua sudah berlaku bagi Dr Mahathir.
Bolehlah dianggap sekarang, apa sahaja yang diperkatakan oleh Dr Mahathir ke atas UMNO sudah tidak relevan kerana beliau tidak lagi menjadi sebahagian dari ahli keluarga besar UMNO.
Ketika bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajuk Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Barisan Nasional (BN) masih mampu menang dan membentuk Kerajaan Persekutuan.
Dengan pemimpin kini seperti Najib yang kental dan tabah menghadapi dugaan, UMNO pasti bergerak dengan lebih laju ke depan menuju sasaran menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.