Tuesday 1 March 2016

Peluru Terakhir Tun M Meraih Simpati Ahli UMNO Dengan Cara Kitar Semula...


Tindakan Tun M yang mengumumkan beliau keluar dari UMNO hari ini, menampakkan beliau sebenarnya sudah kehabisan idea dan peluru untuk terus menyerang Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sejak hampir tiga tahun lalu, beliau hanya mengulang semula setiap pertuduhan dan isu walaupun sudah berkali-kali jawapan telah diberikan samada secara berhadapan mahupun secara umum.
Mengimbas semula taktik ugutan beliau pada tahun 2005, sewaktu kali pertama bertindak keluar daripada UMNO, hanya dengan alasan tidak setuju dengan corak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau nyata mendapat sokongan ramai pihak yang merayu agar beliau mempertimbangkan semula keputusannya pada waktu berkenaan.

download (9)

Dari situlah beliau bertindak menyerang bertubi-tubi kearah pentadbiran Tun Abdullah sehinggalah misinya tercapai pada awal tahun 2009. Perlantikan Tumbalan Tun Abdullah, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disambut penuh girang oleh Tun M.
Kegembiraan Tun M nampak jelas sewaktu Datuk Seri Mohd Najib mengadakan kunjungan hormat di rumah beliau, dua hari selepas mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri ke empat. Pada bulan Mei 2009, Tun M mengumumkan, kemasukan semula beliau kedalam UMNO dan sekaligus dianugerahkan kad keahlian 0001 yang dipegang beliau sejak tahun 1988 kepada beliau.
Namun hari ini, pada tarikh tahun lompat tahun 2016, Tun M meninggalkan semula UMNO. Sepanjang penetangan beliau terhadap Datuk Seri Mohd Najib, berulang kali beliau katakan, beliau tidak akan meninggalkan UMNO dan menegaskan, apa yang beliau lakukan sekarang hanyalah kerana cintakan UMNO dan tidak mahu melihat UMNO terus karam.

images (26)

Itulah kata-kata beliau tahun lalu dan tahun ini, beliau membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa ikrarnya ini langsung tidak boleh dipakai. Amat mudah untuk difahami, tindakan beliau ini hanyalah salah satu daripada taktik politik beliau.
Sentimen orang tua dan bekas pemimpin yang banyak berjasa yang munkin merugikan UMNO andai beliau keluar dari parti, pastinya akan digunakan oleh para pengikutnya. Justeru, tidak hairanlah, jika ada yang menunjukkan keprihatinan dengan berusaha memujuk Tun M kembali kedalam UMNO seperti apa yang berlaku dari tahun 2005 hingga 2009.
Dalam hal ini, Tun M pastinya akan memainkan sentimen kebencian terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Kononnya beliau keluar kerana corak kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib boleh merosakkan UMNO dan sekaligus memberi isyarat bisu kepada ahli UMNO untuk melawan dari dalam, sama seperti apa yang beliau lakukan terhadap Tun Abdullah, satu ketika dahulu.