Friday, 10 June 2016

PRK P.067 KUALA KANGSAR : Datin Seri Rosmah Lawat Hospital Kuala Kangsar


KUALA KANGSAR - Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini.

Beliau meluangkan masa hampir 40 minit dengan bertanyakan khabar serta beramah mesra dengan pesakit serta kakitangan hospital berkenaan.

Turut mengiringi dalam lawatan itu ialah Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), Datin Seri Saripah Zulkifli, yang juga isteri kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dan Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juwita Ghazali.


- BERNAMA