Wednesday, 3 June 2020
Malaysia Kini Medan Fitnah Cetus Kebencian Lapor Berita Berat Sebelah
By @MNA at 11:06:00
Nakal juga tajuk berita MalaysiaKini tentang perbicaraan kes SRC semalam.
Yang sebenarnya berlaku di Mahkamah semalam ialah peguambela saya tunjukkan bahawa pihak pendakwa raya telah GAGAL kemuka bukti sepanjang perbicaraan.
Point yang dikemukakan oleh peguambela saya adalah:
1. Pendakwa raya gagal buktikan saya terlibat dalam penubuhan SRC dan penubuhan SRC itu adalah idea atau arahan saya.
2. Pendakwa raya gagal buktikan saya yang arahkan lembaga pengarah KWAP memberi kelulusan,
3. Pendakwa raya gagal buktikan saya pernah mempengaruhui atau campur tangan dalam urusan lembaga SRC.
4. Pendakwa raya gagal buktikan saya pernah arahkan pemindahan dana SRC.
5. Pendakwa raya gagal buktikan saya pernah tahu atau sedar bahawa sumber sebahagian deposit ke dalam akaun saya bermula dari SRC.
6. Pendakwa raya gagal buktikan saya pernah berurusan dengan bank tentang transaksi akaun saya atau pernah diberi statement akaun saya.
7. Pendakwa raya juga telah gagal mendakwa atau menyiasat kenapa 6 surat arahan untuk pindahan dana ke akaun saya adalah dokumen dengan tandatangan dipalsukan (copy and paste) walaupun mereka dah diberitahu oleh saksi mengenainya dari awal-awal lagi.
8. Pendakwa raya juga gagal tuduh pegawai-pegawai bank dan SRC tentang pemalsuan dokumen dan dana-dana SRC lain yang lagi besar banding RM42 juta yang disyaki diselewengkan oleh pegawai SRC.
9. Pendakwaraya gagal buktikan kenapa saya perlu tunggu 4 tahun sebelum menerima "suapan" RM42 juta (1%) dari RM4 bilion yang diluluskan jika benar-benar niat ialah untuk saya gelapkan duit RM4 bilion lalu wang itu digunakan untuk CSR dan bukan untuk kegunaan peribadi.
Sebab itu, peguambela saya memberi kesimpulan bahawa BERDASARKAN bukti dan hujah yang diberi dan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya, kes ini seolah-olah ada orang yang tidak diketahui mencuri wang SRC.
Tapi Malaysia kini gunakan tajuk berita untuk memberi gambaran bahawa ini adalah alasan saya dan peguambela saya bahawa orang yang tidak diketahui mencuri wang SRC walhal bukti-bukti berdasarkan point 6, 7 dan 8 sudah dikemukakan dalam mahkamah.
Dan tajuk Malaysia kini seolah-olah saya memberi alasan yang mengarut dan untuk mencetuskan kebencian pembaca mereka terhadap saya.
Hanya Malaysia kini yang nakal sebegini.
Laporan-laporan berita portal lain semalam mengenai kes yang saya tak buat begitu.
Laporan dalam mahkamah tak perlu disensasikan demi kepuasan atau agenda sendiri kerana ia juga menghina mahkamah.
Related Posts:
Demokrasi Zaman Mahathir Hanya Omongan Kosong Tun Mahathir Mohamad kini dicabar untuk memperjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia jumlah sebenar parti baharu yang berjaya didaftarkan melalui Jabaran Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sepanjang beliau menjawat jawat… Read More
Penjawat Awam Lebih Patriotik Daripada Pihak Tertentu - PM Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam di negara ini lebih patriotik daripada sesetengah pihak tertentu kerana sentiasa setia dan berdiri teguh di belakang kerajaan yang mampu menjaga kepentingan… Read More
Bapa Undang Campur Tangan Asing, Anak Tidak Mengaku Warga Negara Terdesak sungguh pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 hingga ke tahap sanggup meminta campur tangan asing dalam urusan negara. Tindakan Mahathir yang bertemu dengan duta-duta besar Kesat… Read More
Jika Barisan Nasional Tumbang, DAP Yang Akan Kuasai Pembangkang Atas kertas, ada nama Melayu duduk di atas sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum. Nama ketua sebenar dalam pembangkang tidak dimasukkan, hanya menjadi “King Maker” dari belakang. Di atas nampak nama Melayu tetapi isi… Read More
Selepas Kajang & Permatang Pauh, Giliran Orang Bandar Tun Razak Pula Kena Tipu Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya. Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Sela… Read More