Thursday, 4 June 2020

Hannah Yeoh Fobia Dengan PRU ?



1. Yang letak jawatan dan tumbangkan kerajaan? Perdana Menteri PH.

2. Yang usulkan undi tidak percaya dalam parlimen? PH dan Warisan.

3. Yang bermesyuarat minggu lepas untuk tumbangkan kerajan PN? Majlis presiden PH.

4. Yang  dituduh letak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid? Najib pulak. 

Dengar baik-baik Hannah dan PH.

Saya cuma cadangkan bubarkan parlimen untuk kembalikan mandat pada Rakyat melalui pilihanraya JIKA PH terus merebut kuasa dengan cubaan-cubaan berteruskan untuk tumbangkan kerajaan.

Mendapat mandat baru dari Rakyat agar kerajaan lebih kukuh dan stabil untuk melawan krisis ekonomi Covid.

Apa susah nak faham, Hannah?

Point 1-3 Hannah tak nampak ke? Atau buat-buat buta tak nampak?

Point 1-3 bukan permainan meletak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid ke?

Posting Hannah Yeoh yang entah kenapa kecam saya: https://www.facebook.com/hannahyeoh/posts/10158267986204034

Tak cukup satu minggu dulu, PH sendiri yang kata mereka akan tumbangkan kerajaan sebelum bulan depan:
"30 Mei 2020: Peralihan kerajaan mungkin sebelum sidang parlimen pada Julai - Salahuddin"
https://www.malaysiakini.com/news/527966

Hannah tak nampak itu pulak?

Apa yang Hannah fobia sangat dengan PRU untuk kembalikan mandat jika kerajaan tak stabil?