Thursday, 28 May 2020
Mekah Dibuka Semula 31 Mei 2020
By @MNA at 14:50:00
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan dua fasa pelan penyesuaian membabitkan kota suci Makkah hari ini bagi melonggarkan sekatan berikutan penularan COVID-19 dan membolehkan penduduknya kembali kepada kehidupan biasa.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, fasa pertama akan bermula 31 Mei ini dan prosedur keluar masuk ke Makkah dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 3 petang.
Selain itu, solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada.
Sementara itu, fasa kedua akan bermula pada 21 Jun, iaitu penduduk di Makkah akan dibenarkan berada di tempat awam sekitar 6 pagi hingga 8 malam.
Kenyataan itu turut memaklumkan perniagaan seperti kafe dan kedai gunting rambut masih diarahkan tutup, manakala majlis perkahwinan serta pengebumian hanya boleh dihadiri maksimum 50 orang. -
AGENSI
Related Posts:
“Saya Juga Jadi Mangsa Buli Siber”- Rosmah Isteri YAB Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata beliau juga menjadi mangsa berita palsu dan buli siber. Dalam ucapannya pada seminar “Selamatkan Kami Wanita dan Kanak-kanak #CyberSafe” hari ini, bel… Read More
Bajet 2018 Akan Hancurkan Impian Pakatan Harapan Jumaat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2018. Sudah pasti ia menjadi tumpuan dan dinantikan oleh rakyat yang ingin mengetahui khabar gembira buat mereka. #Bajet2018 kali ini aka… Read More
Kapten Izham Mampu Pulihkan MAS Untuk Lebih Berdaya Saing Dan Maju - Najib Perlantikan Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan membantu usaha membawa syarikat penerbangan itu ke arah kegemilangan . Perdana Menteri… Read More
Wan Azizah Mahu Mahathir Minta Maaf Tuduhan Liwat Ke Atas Anwar Ibrahim Lama tidak nampak airmata Wan Azizah jatuh. Semalam, ketika menyampaikan ucapan di Kuala Lumpur, Wan Azizah menangis. Air mata mencurah mencurah kerana terkenang apa yang "Mahafiraun" lakukan pada suaminya dulu. “Saya mas… Read More
Wujudkan "Firewall" Atasi Aplikasi Judi Dalam Talian - TPM Zahid Kerajaan akan bekerjasama dengan Interpol dan syarikat telekomunikasi untuk membangunkan 'firewall' bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian yang semakin parah. Pada masa sama, Akta Rumah Judi Terbuka 1953 aka… Read More