Saturday, 16 May 2020
Menteri Besar Baru Bonus Raya Buat Rakyat Kedah
By @MNA at 16:19:00
Rakyat Kedah sah akan mendapat menteri besar dan kerajaan baru, dengan majlis angkat sumpah akan diadakan pada pukul dua petang esok, di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Ia menandakan tamatnya pentadbiran Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah buat kali kedua, yang dipegangnya selama dua tahun setelah PH menang di negeri itu pada PRU ke-14.
Kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar tidak dapat dipertahankan setelah Bersatu keluar daripada PH, yang menyaksikan tumbangnya pentadbiran gabungan itu di peringkat persekutuan.
Beliau hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah dua adun PKR, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin, keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN). Ia disusuli dengan empat Adun Bersatu.
Sebanyak 23 akuan bersumpah (SD) daripada Adun Kedah juga dipersembah kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dengan mencadangkan calon baru menteri besar.
Di Alor Setar, persiapan untuk majlis tersebut bermula hari ini dengan raptai angkat sumpah bakal menteri besar, Adun Jeneri daripada PAS Muhammad Sanusi Md Nor.
Ia bermula kira-kira pada pukul 10.55 pagi dengan ketibaan Sultan Sallehuddin, yang turut terlibat dalam raptai untuk esok.
Dalam satu notis kepada media daripada sumber polis, pada pukul tiga petang esok, setelah ketibaan Sultan Sallehuddin, setiausaha kerajaan negeri akan melafazkan surat pengisytiharan pelantikan menteri besar yang baru.
Semalam, kesemua 36 Adun Kedah menghadap Sultan Sallehuddin sebelum baginda memutuskan pelantikan menteri besar.
Difahamkan Mukhriz dan PAS juga akan mengadakan sidang media di Alor Setar esok.
Pada Februari 2016, ketika memimpin kerajaan BN di negeri itu, Mukhriz meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas hilang majoriti sokongan di DUN. Tempatnya digantikan oleh Ahmad Bashah Md Hanipah.
Mkini
Related Posts:
Mahathir Terdesak? Semua Tidak Mustahil Dalam Percaturan Politik Mahathir Dakwaan Tun Mahathir bahawa DS Hadi Awang menandatangani surat persetujuan tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih bukanlah mustahil. Dalam politik Tun apa sahaja boleh berlaku. Jika benar ada perjanjian terse… Read More
Siapa Calon PRK Semenyih ? Jawapannya Tunggu Hari Khamis Ini. Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Khamis ini. Pengumuman akan dilakukan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan 5 petang di Comm… Read More
PRK Semenyih: Fenomena BossKu Di Flat Baiduri BossKu YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berdiri bersama calon BN PRK DUN Semenyih Hj Zakaria Hanafi sewaktu berucap pada majlis bersama penduduk Pangsapuri Baiduri malam tadi. Calon BN PRK DUN Semenyih Hj Zaka… Read More
Teka- Teki Siapa Calon BN Di N24 Semenyih Kini Terjawab Sedikit sebanyak mengenai Calon N24, Semenyih Zakaria Bin Haji Hanafi. Beliau berusia 58 tahun.Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Dengan Kepujian di UKM pada tahun 2001. Beliau telah bergiat dalam bidan… Read More
PRK Semenyih: Destinasi PH Untuk Tabur Janji Yang Terkini - Mat Nadzari Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan mempersoalkan tindak-tanduk beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang begitu agresif turun padang dengan pelbagai program kerajaan ke kawasan Dewan… Read More