Sejajar dengan trend semasa, Pemuda MIC menggunakan media sosial, termasuk Twitter, WhatsApp dan Facebook untuk mendekati pengundi muda India dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor.
Ketua Pemuda MIC kebangsaan C. Sivarraajh berkata pihaknya juga menggunakan pendekatan satu-sama-satu untuk mendekati golongan itu serta bagi mengetahui perkara yang menjadi isu dalam kalangan mereka.
"Kami sudah mengenal pasti kira-kira 250 belia India, yang merupakan pengundi di Sungai Besar dan lebih kurang 850 pengundi di Kuala Kangsar. Pemuda MIC kini giat berusaha untuk menarik pengundi India mengundi Barisan Nasional (BN) pada dua pilihan raya kecil itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sivarraajh berkata pemuda India prihatin tentang peluang perniagaan, latihan kemahiran dan peluang pendidikan.
"Oleh itu, kami memperkenalkan skim "Satu Rumah, Seorang Usahawan" di seluruh negara. BN memberi sokongan kepada pelbagai kolej dan pusat latihan yang membuka pintunya kepada golongan belia," kata beliau.
Pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun berikutan kematian Anggota Parlimen Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dan Tan Sri Noriah Kasnon (Sungai Besar) dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei.
-BERNAMA