Saturday, 29 June 2019
Alhamdulillah Bekas PM 5 Sihat Masih Aktif
By @MNA at 15:49:00
Bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan sihat dan masih aktif memenuhi jemputan daripada pelbagai pihak.
Pegawai Khasnya, Datuk Jefridin Atan berkata, meskipun Tun Abdullah sudah berusia 80 tahun namun beliau masih mampu menghadiri program yang melibatkan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi).
“Terbaru, Tun Abdullah akan menghadiri forum tentang Ketamadunan Islam di Asia yang akan diadakan di Sepanyol pada 5 September depan.
“Cuma hari ini beliau tidak dapat bersama kita pada sambutan Aidilfitri anjuran Legasi kerana keuzuran mungkin keletihan melayan tetamu yang berkunjung ke rumahnya. Namun keseluruhannya, keadaan kesihatan Tun (Abdullah) dalam keadaan baik,” katanya kepada media di sini hari ini.
Jefridin yang juga Pengerusi Legasi berkata, pada hari ini pertubuhan itu turut meraikan 40 anak yatim dari pusat jagaan anak yatim dan miskin Rumah Rukayyah Sungai Merab, Bangi.
Kumpulan anak yatim tersebut turut menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan harian yang disampaikan anak Tun Abdullah, Tan Sri Kamaludin.
Legasi merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang selain membantu golongan yang memerlukan, turut menganjurkan program-program bersifat ilmiah dan advokasi seperti forum, simposium dan syarahan umum dalam dan luar negara.
- BERNAMA
Related Posts:
Sedia Hadapi Kemungkinan Kempen ‘Panas’ PRK - PDRM KUALA LUMPUR – Polis sudah bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan dan cabaran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada bulan hadapan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bak… Read More
Sila Gugur “No Pork”, Hanya Tanda Logo “Halal” atau “Tak Halal” – UMNO GEORGE TOWN: UMNO menggesa papan tanda “No Pork” di semua restoran di Pulau Pinang diharamkan, supaya pengguna beragama Islam dapat menjamah makanan tanpa was-was. ADUN Bertam Shariful Azhar Othman mencadangkan papan-papa… Read More
Dr Mahathir Hendak Bunuh BN - Ku Nan Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Barisan Nasional (BN) ditewaskan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan gabungan itu, kata setiausaha agung UMNO, Datuk Seri T… Read More
Aplikasi Mobil 'Rakyat Responz' Mudahkan Rakyat Salur Aduan, Cadangan PUTRAJAYA: Biro Pengaduan Awam (BPA) pada Selasa memperkenalkan Rakyat Responz, satu aplikasi telefon pintar bagi memberi kemudahan kepada orang ramai menyalurkan aduan dan cadangan secara terus kepada agensi kerajaan… Read More
Calon Perlu Ditapis Sebelum Bertanding Dalam Pilihan Raya - SPRM Datuk Seri Mustafar Ali KUALA KANGSAR, 16 Mei (Bernama) -- Setiap calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya perlu ditapis sebaik sahaja nama mereka diserahkan parti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi… Read More