Thursday, 27 June 2019
Tindakan Tatatertib Dikenakan Jika Kakitangan KEMAS Hadiri Sambutan Hari Raya Pembangkang ?
By @MNA at 12:09:00
Kakitangan KEMAS akan dikenakan tindakan tatatertib jika hadiri sambutan Hari Raya anjuran Pembangkang
Satu keputusan yang tidak profesional dikenakan kepada mereka.
Hadap dan bertabahlah, kerana ini zaman PH .
Nak beraya pun tak boleh?
Semalam tular sekeping memo yang dikeluarkan
oleh Pegawai Kemas Daerah Machang dan ditujukan kepada semua kakitangan dibawahnya
Melalui memo yang ditandatangani oleh Pembantu Pembangunan Masyarakat gred S29 itu, kakitangan KEMAS dimaklumkan bahawa mereka adalah dilarang
untuk menghadiri sebarang program mesyuarat atau keraian seperti sambutan hari raya yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.
Memo tersebut turut menegaskan tindakan tatatertib akan dikenakan kepada kakitangan jabatan itu sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah
ditetapkan
