Pengakuan Seks sejenis Haziq membawa kepada suatu penemuan lain yang juga amat kontroversi.
Untuk makluman Haziq ini umurnya baru 27 tahun tapi jawatan dah mencapai gred M52.
Serba sedikit latar belakang Haziq jambu dlm PKR. Mana mungkin abg Jemin nak nafi dia kenal dari jauh..
Rupa- rupanya dia ini juga antara pejuang PTPTN dan mahu pendidikan percuma!!
Info dari bos dia Sam Ketot
1. Sertai KEADILAN sejak berusia 19 tahun.
2. Presiden dan pengasas Mahasiswa Keadilan UM.
3. Pelatih di firma guaman Baru Bian
4. Pelatih Lawyers for Liberty bagi YB Sivarasah Rasiah, Latheefah Koya dan N Surendran.
5. Pelatih di Pejabat Azmin (MB Selangor)
6. Pelatih di firma guaman Yusmadi (PKR Penang)
Dan Haziq πππππ ππππππ ππππππ ππππ πππππ ππππππππ!
Bilakah beliau mulai berkhidmat dengan Kerajaan? Sewaktu umurnya 26 tahun bermula pada 10 Mei 2018.
Katakan mula kerja umur 24 tahun, baru 3 tahun pengalaman kerja. Dah setara yg ada dah PhD ni.
Jawatan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri. Mungkin sebab tahap prestasi dia sgt mengkagumkan, wallahu aklam bissowab.
Kalau mengikut cerita bos dia, Sam Ketot, Timbalan Menteri, pengalaman kerja Haziq hanyalah sebagai intern (pelatih).
Nampaknya bawah PH penjawat awam yang dilantik atas kapasiti lantikan politik diberi keistimewaan gred dan gaji yang begitu tinggi.
Pada masa sama macam-macam bentuk bantuan kpd rakyat dipotong, alasan dengan pukul canang hutang negara RM 1 trilion.
Untuk makluman saya berumur 48 tahun semasa naik Gred 52 dan sebaik sahaja menamatkan Phd. Dan kini dah hampir bersara pada usia 55 baru mencecah JUSA C.
Saya ada diploma, ijazah, master & Phd serta pernah bertugas di luar negara selama 8 tahun.
Pengalaman bekerja? 30 Tahun.
Haziq?