Wednesday, 8 June 2016

Cukup-Cukuplah Fitnah Ibu - Anak Datin Mastura


Saya menafikan sekeras-keras dan seterang-terangnya dakwaan ibu dipaksa untuk menjadi calon. Tidak wujud sama sekali elemen paksaan dalam perlantikan ibu sebagai calon.. saya adalah saksinya,” ujar anak sulung kepada calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid.
Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 26, mahu mereka yang tidak bertanggungjawab berhenti daripada terus membuat fitnah dan menggunakan isu kononnya ibunya dipaksa untuk menjadi calon BN di PRK ini.
“Pada parti pembangkang, cukup-cukuplah… memang kita sedang berpolitik… berkempen, tetapi yang tidak benar itu tidak perlulah digembar-gemburkan.
“Kadang-kadang dalam berkempen politik ini mereka lupa bahawa seorang calon itu adalah seorang ibu, seorang manusia.. Kami empat beradik, cukup tahu perasaan ibu dan semangat juangnya walau dalam kesedihan tetap mahu meneruskan legasi papa.
“Itu adalah demi cinta kepada arwah papa dan kerana ibu sayangkan orang Kuala…,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau, setelah pucuk pimpinan memberitahu bahawa Datin Mastura dipilih sebagai calon, ibunya telah diberi masa untuk mempertimbangkan perkara tersebut.
“Ibu mengajak anak-anak untuk duduk semeja dan bincang tentang perkara ini. Maka empat beradik sepakat menyokong ibu untuk meneruskan legasi arwah papa.
“Kami akan tetap menjadi tulang belakang dan kekuatan ibu. Sya yakin ibu mampu menggalas tanggungjawab ini sekiranya ibu dipilih nanti,” ujarnya lagi.
PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Ia bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, PAN dan Bebas.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar terdiri 22,496 Melayu, Cina (7,757), India (2,287), Bumiputera Sarawak (16), Bumiputera Sabah (13) dan Orang Asli (330). – MediaUMNO

Related Posts:

  • Surat Pengesahan Keluarga Arab Saudi Keatas Derma Ketika ramai pihak termasuk pembangkang di negara ini mempertikaikan isu derma peribadi yang disumbangkan oleh keluarga Di Raja Arab Saudi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini, pihak berkuasa Arab Saudi t… Read More
  • MACAI MEROYAN, PELIWAT TAK DAPAT PAROL!!! Kan dah kata dah semalam. Mesti ramai yang akan meroyan tak tentu arah akibat tak puas hati bila berita Dr. Khir Toyo dibebaskan keluar penjara lebih awal daripada sepatutnya. Kalau tadi, Si Guan Eng tu katanya sedang… Read More
  • Jika Guan Eng Berani, Sila Dedahkan Dokumen Taman Manggis Isu dua skandal hartanah yang memaliti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin hari semakin menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya, sehingga bila skandal ini akan menemui titik noktahnya … Read More
  • MAHATHIR’S JINX, THE OPPOSITIONS DOOM Upon Dr Mahathir’s resignation as Prime Minister in 2003, when Tun Abdullah took over, the long serving political party Barisan Nasional has won the next general election with a landslide victory. Many says that this is a … Read More
  • Mahathir Hina Jemaah Haji Yang Ditaja 1MDB Perhimpunan Pentas Selamatkan Malaysia yang berlangsung malam semalam seolah-olah dijadikan pentas untuk Tun Dr Mahathir Mohamed menghina dan mempertikaikan ibadat haji yang ditaja oleh 1MDB. Dalam ucapan beliau, beliau pe… Read More