Thursday, 11 July 2019
Kewibawaan Dan Kebolehan Najib Layak Menjadi Penasihat BN - Annuar Musa
By @MNA at 17:18:00
Annuar Musa Setiausaha Agong UMNO berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Najib Razak tidak menjadi alasan untuk bekas presiden gabungan itu menjadi penasihat parti.
Beliau berkata kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu tidak menjadi isu kerana Najib mempunyai kewibawaan dan kebolehan untuk menjalankan tugas tersebut.
“Tak kan kalah sahaja terus hilang kelayakan jadi penasihat? Lihat pemimpin parti lain contohnya,
“Lim Kit Siang yang memimpin DAP, berapa kali dia kalah, terus juga jadi penasihat.
Jadi, ianya bukan satu isu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Annuar berkata demikian susulan kenyataan bekas setiausaha agung Nazri Aziz, semalam yang mempersoal lantikan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat BN dengan berkata: “BN kalah bawah siapa? Apa jenis nasihat yang dia boleh sumbangkan kepada kita?”
Selain Nazri, bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan lantikan yang dibuat pada malam Isnin lalu.
Khairy dilaporkan berkata, beliau tidak gembira dengan situasi beliau berada sekarang.
Apabila ditanya, sama ada lantikan itu memberikan andaian negatif kerana Najib masih berdepan perbicaraan dan pertuduhan di mahkamah, Annuar berkata, urusan tersebut bersifat peribadi.
Kita tidak akan tikam belakang pemimpin-pemimpin kita hanya kerana mereka dituduh (di mahkamah),” katanya.
Selasa lalu, Najib berkongsi sekeping foto yang menunjukkan surat lantikan beliau sebagai penasihat gabungan itu melalui media sosial, Facebook.
Surat itu dilihat ditandatangani Setiusaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor yang bertarikh 9 Julai 2019.
Related Posts:
6 Intensif Baru Untuk Kebajikan Anggota dan Veteran ATM Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 6 intensif baru khusus untuk kebajikan anggota tentera dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika pertemuan di Perhimpunan Veteran ATM 2017.Perdana Menteri berkata, Bantuan Bakt… Read More
Mukhriz Gagal Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap PM Najib KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Perdana Menteri Datuk… Read More
Tender Pembinaan Hospital Pakar Parit Buntar Dibuka September Ini Berita baik yang sememangnya dinanti- nantikan oleh penduduk di kawasan Daerah Kerian, terutama sekitar Parlimen Parit Buntar, akhirnya tender pembinaan Hospital Parit Buntar yang baharu akan dibuka pada September ini, … Read More
Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik- Najib LIPIS - YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan menukar kerajaan yang sedia ada bukanlah jaminan dan jalan penyelesaian terbaik kepada semua masalah, malah dikhuatiri akan lebih memudaratkan … Read More
UMNO Kekal Parti Paling Konsisten Dan Jelas Hala Tujunya - Najib YAB Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO kekal parti paling konsisten dan jelas hala tujunya kerana keberkesanan perjuangan sejak sekian lama dalam membela bangsa, agama dan negara.Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO be… Read More