Friday, 12 July 2019

Pencemaran Udara Di Pasir Gudang Belum Berakhir Lagi.



Pada 11 Julai 2019, murid-murid di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang terhidu lagi udara tercemar.

Ini adalah kali ke tiga pelajar sekolah ini kena. Media tidak melaporkan perkara ni. kerajaan pusat dan negeri pun buat senyap.

Ramai antara pelajar - pelajar ini mengalamai kekejangan otot seperti orang terkena sawan. (lihat tangan mereka)

Ibu bapa pelajar yang terlibat menjadi takut kerana kerajaan dan doktor sendiri pun tak tahu bahan kimia jenis apa yang telah tersebar.

Apabila melihat kesan jangka panjang yang terjadi pada Adik Irfan, lagilah mereka bertambah risau dan takut.

Lebih merisaukan ibu bapa pelajar terlibat apabila Kerajaan seperti mahu lepas tangan. Sehingga ada pihak kerajaan sanggup membuat kenyataan keadaan adik Irfan  bukan disebabkan pencemaran, tetapi disebabkan dia pernah lahir tak cukup bulan dan sebagainya. Kenyataan tidak profesional menunjukkan ada pihak terdesak dan cuba menyembunyikan kebenaran.

Maaf cakaplah nak tanya tentu dah tengok gambar pelajar- pelajar tersebut, ramai yang kejang-kejang dalam gambar tu lahir tak cukup bulan juga ke?

Di mana suara pemimpin seperti Perdana Menteri, mengapa membisu dan tidak masuk campur?
Harapkan  menteri memang tak jalan. Menteri- menteri yang bertanggungjawab seeloknya  patut letak jawatan saja. Langsung tidak ambil berat sedangkan perkara sudah berlaku berulang lebih dari 3 kali.

Tidak terfikirkah untuk menggunakan khidmat team ataupun pakar luar negara datang  membantu ?
Ada banyak negara yang berpengalaman dan berkepakaran mengendalikan isu seperti ini.
Memandangkan ini pertama kali Malaysia menghadapi krisis pencemaran kimia seperti ini.

Jumlah mangsa yang terhidu bukan seorang dua tetapi lebih dari 100 orang. Oleh itu ini bukan isu pencemaran biasa.
Kita tidak tahu apakah kesan jangka masa panjang terhadap anak-anak ini.
Tolong jangan buat buta mata. Ini masa depan mereka, pelapis di masa depan.


#Pray4PasirGudang


Related Posts: