Wednesday, 10 July 2019
Chef Wan Memburukkan Warga Felda Tidak Layak Menjadi Ikon Felda
By @MNA at 10:05:00
Isu Ikon Felda dah jadi bahan kecaman netizen, kerajaan sepatutnya mengangkat anak peneroka yang berjaya menguruskan ladang dengan baik menggunakan kaedah terkini dan bukannya orang yang kini berada di luar Felda sebagai Tokoh Ikon agensi itu.
Apa yang lebih malang, tokoh berkenaan yang baru hendak meluangkan masa untuk membantu belia Felda, mengeluarkan kenyataan yang menggores hati peneroka.
Buka mata lihat masih ramai belia Felda yang mengusahakan projek pertanian, perladangan, ternakan dan perniagaan yang telah terbukti berjaya membantu ekonomi belia dan peneroka setempat yang boleh diangkat sebagai ikon.
Setidak-tidaknya kerajaan mungkin boleh melantik mana-mana individu yang sudah terbukti berjasa kepada peneroka dan belia Felda selama ini. Takkanlah tiada seorang pun layak diangkat menjadi Ikon?
Pelantikan selebriti masakan, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang dipilih menerima Anugerah Ikon Felda yang disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3, Rompin, Pahang, ditolak oleh warga Felda.
Chef Wan dipilih menjadi Ikon tetapi membuat kenyataan memburukkan warga Felda. Mengecam dengan mengata orang Felda pemalas hanya tahu beranak ramai macam kucing. Jelas kata-katanya itu menyentuh hati dan mereka rasa terhina.
Kerajaan di harap menghentikan politik membabitkan masyarakat Felda.
Sebagai masyarakat yang ada pemikiran, tertanya-tanya juga apa kriteria seorang Ikon Felda yang mahu ditonjolkan?
Alangkah eloknya jika ditonjolkan anak peneroka yang berjaya dan tinggal di Felda tentu lebih menatik minat masyarakat luar mengenali.
Bukannya sudah diangkat menjadi ikon, baru hendak meluangkan masa untuk membantu belia Felda.
Related Posts:
Kecemerlangan TNB Bertaraf Dunia - Najib Kejayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa melayakkan gergasi utiliti negara berkenaan tergolong sebagai syarikat bertaraf dunia, kata D… Read More
Agong Perkenan Penubuhan Suruhanjaya Siasat Kes Kerugian Bank Negara - Pejabat PM Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V perkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990-an, menurut Pejabat Perdana … Read More
Tun Mahathir Perlu Jelaskan Pendirian Mengenai Anwar - PM Najib Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, k… Read More
Rabies: Tiada Kes Babit Manusia Di Perak KUALA LUMPUR: Tiada kes positif rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Perak setakat ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua mangsa yang digigit anjing positif rabies di Kuala Sep… Read More
#Video : Sultan Perak Rasmi Fakulti Perubatan UiTM Kampus Teluk Intan TELUK INTAN - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Teluk Intan di sini, hari ini. Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja… Read More