Monday, 8 July 2019
Saman Ke atas Tommy Thomas, Mohd Syukri Dan Amar Singh Telah Difailkan - Najib
By @MNA at 18:01:00
Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Syukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib selaku pemohon memfailkan tiga saman pemula ex-parte (sebelah pihak) secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Jun lepas menerusi Tetuan Badrul Samad Faik & Co, bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasatan 1MDB adalah tidak sah dan memprejudiskannya selain memohon kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.
Pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abd Hamid pada 16 Julai. Media memperoleh salinan saman pemula itu hari ini.
Dalam afidavit sokongan yang dikemukakan bersama saman itu, Najib mendakwa Thomas, semasa belum dilantik sebagai Peguam Negara, telah menulis sebuah artikel bertajuk 'Grand Lacerny in 1MDB' pada Julai 2016 dan merumuskan bahawa wang dimasukkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri ketika itu adalah wang 1MDB.
Najib mendakwa, pendirian Thomas melalui artikel itu jelas tidak menyukainya dan melahirkan kebimbangannya bahawa Thomas akan mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan terhadapnya dengan apa alasan sekalipun selain mendakwa Thomas tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan 1MDB.
Bagi saman terhadap Mohd Syukri pula, Najib, yang juga bekas presiden UMNO mendakwa Mohd Syukri telah membuat sidang media berhubung SRC International Sdn Bhd sebaik dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan merumuskan bekas perdana menteri itu menerima sejumlah RM42 juta dan RM2.6 bilion sedangkan ketika itu beliau (Najib) belum dipanggil memberi keterangan di SPRM.
"Kenyataan media dibuat Mohd Syukri berunsur dendam dan lebih malang menggambarkan saya sebagai seorang pesalah. Dengan itu, integriti dan profesionalisme beliau boleh dipertikaikan kerana beliau seharusnya bersikap neutral sehingga siasatan penuh dilakukan tetapi memilih untuk menghukum tanpa asas yang kukuh," kata Najib dalam afidavit sokongannya.
Najib turut mendakwa beliau tidak akan mendapat satu siasatan yang adil dan telus serta percaya sikap yang ditonjolkan Mohd Syukri tidak melayakkan beliau mengetuai pasukan penyiasatan SPRM dan sebagai anggota pasukan petugas khas 1MDB yang ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).
Dalam samannya terhadap Amar Singh, anggota Parlimen Pekan itu mendakwa serbuan yang dilakukan Amar Singh bersama pasukannya di beberapa premis milik beliau termasuk premis didiami anak-anaknya di Pavilion Residence serta premis yang dipinjam daripada seorang rakan untuk menempatkan barangan yang dipindahkan dari kediaman rasmi di Seri Perdana tidak memenuhi Prosedur Standard Operasi (SOP).
Pemohon turut mendakwa Amar Singh tidak layak untuk menjadi penasihat kepada pasukan penyiasatan khas 1MDB selain mendakwa laporan polis telah dibuat secara berasingan terhadap ketiga-tiga responden (Thomas, Mohd Syukri dan Amar Singh).
cnp
Related Posts:
Najib Rayu Guan Eng Teruskan Bantuan Awal Persekolahan Najib Rayu Guan Eng Teruskan Bantuan Awal Persekolahan Tukar Nama Pun Takpe, Asal Teruskan_ Tular hari ini tentang harga kasut sekolah hitam jauh lebih mahal dari kasut putih. Begitu perihatinnya Datuk Seri Najib kepada r… Read More
Melayu Terperangkap Perlumbaan Conteng Arang Sesama Sendiri - Sultan Nazrin MELAKA - Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong… Read More
Datuk Seri Najib Dibebaskan Selepas Soal Siasat Dengan Jaminan SPRM Datuk Seri Najib Razak selesai memberi keterangan dan disoal siasat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini. Datuk Seri Najib dipercayai meninggalkan Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam… Read More
Isytihar Hibah 2014 – 2017 Tidak Langgar Akta Tabung Haji 1995 Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mempersoalkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa kononnya pengurusan terdahulu telah mengisytiharkan hiba… Read More
Tutup AIM Sasaran Terkini Kerajaan PH Tweet Inilah matlamat untuk menghalalkan cara. Perlahan-lahan kesenangan diberi kepada orang Melayu ditarik balik. Kita tahu AIM satu institusi yang memberi pinjaman modal kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Ora… Read More