Tuesday, 2 July 2019
Mengapa Skandal Forex BNM Digugurkan Walaupun RCI Telah Dijalankan ? Najib Razak
By @MNA at 21:49:00
Walaupun dia sering sibuk hal UMNO, Kit Siang kata dia tak mahu masuk UMNO kerana mengaku dirinya sebagai ada integriti dan masih waras.
Okay. Kita testing dia sedikit. Serta-merta boleh tahu.
Hari ini kerajaan PH umumkan kes skandal FOREX BNM telah digugurkan walaupun telah menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Bertahun-tahun Kit Siang pernah tuduh ada skandal dan mendesak RCI untuk kerugian RM31.5 bilion (bernilai RM100 bilion duit sekarang) untuk dijalankan.
Siap menulis dan menjual buku bernama "Skandal kerugian Bank Negara dalam urusniaga matawang asing sebanyak RM30 billion".
Sekarang RCI telah dijalankan. Hasil RCI dah ada.
Bukan sebarang siasatan tapi siasatan DiRaja) yang menyeluruh, telus dan terbuka - di mana prosiding setiap hari dilaporkan dengan meluas oleh media.
Tapi kerajaan PH tak teruskan tindakan ke atas keputusan RCI itu.
Dah No Further Action (NFA) tanpa sesiapa perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan dana ini amatlah besar iaitu sebanyak 20% dari KDNK negara untuk tahun-tahun itu.
Satu sen pun tak dapat kembali. Satu sen aset pun tak ditinggalkan..
Kit Siang pula membisu seribu bahasa.
Buat-buat tak nampak.
Jika Kit Siang dakwa dia ada integriti dan dia masih waras, adakah MenHEN ini akan bagi refund dan minta maaf kepada setiap pembeli dan pembaca buku dia?
Masih belum terlewat kalau Kit Siang sekarang mahu mengaku dia sudah tak waras dan oleh itu, telah terlupa pernah tulis buku itu.
- Najib Razak
Related Posts:
Adakah DAP Masih Tidak Sah? Atau Sememangnya Parti Haram Kerana Masih Belum Diiktiraf ROS.. #KeyboardWarriors in action! SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERKENAAN ROS DIDESAK BATALKAN PENDAFTARAN DAP Pelbagai pihak menuntut agar ROS SEGERA batalkan pendaftaran DAP kerana parti chauvanis itu ternyata boleh m… Read More
Jenaka " Etong" Sudah Tiada - Innalillahi wainnalillahi rojiun. Innalillahi wainnalillahi rojiun. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham yang aku kenal secara peribadi di tempatkan di jannah. ALOR SETAR – Dalang kumpulan wayang kulit terkenal, Seri Asun, Abdul Majid Mohd. Noh , 6… Read More
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah. Kehadiran Ribuan rakyat Negeri Kedah di rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah Dato Seri Ahmad Bashah di Sri Mentaloon. Kemeriahan Terasa. Pengunjung tidak melepaskan kesempatan bersalaman dengan Menteri Be… Read More
Majlis Presiden Akui Pakatan Hilang Sokongan Rakyat KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang didominasi oleh parti DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN) akhirnya mengakui gabungan parti-parti pembangkang itu telah hilang sokongan rakyat.Pe… Read More
Selagi Ada DAP, Selagi Itu Wujud Sentimen Perkauman – Huan Cheng Guan Sesiapa saja pasti akan melakukan bantahan dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka sekiranya agama, bangsa atau hak mereka dihina dan dicabuli oleh pihak-pihak yang berniat tidak baik. Ini yang terjadi kepada umat Islam… Read More