KUALA KANGSAR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang dilihat mempunyai agenda jelas dalam usaha mengukuhkan lagi perpaduan kaum di negara ini.
Malah, BN juga yakin perpaduan dan diversiti antara kaum menjadi asas utama untuk mencapai sebuah negara maju, kata perdana menteri.
"BN ada agenda yang jelas dan visi yang telah kita terangkan kepada rakyat, kita laksanakan dasar yang boleh bawa kepada uniti dalam negara," katanya ketika berucap pada program bersama masyarakat Cina di Sekolah Menengah Tsung Wah di sini hari ini.
Perdana menteri berkata menerusi dasar kerajaan BN itu, sekalipun Malaysia terdiri daripada kalangan rakyatnya yang berbeza agama, budaya dan latar belakang pendidikan, namun mereka (rakyat) kekal bersatu dalam satu uniti yang harmoni.
Menurutnya konsep "kesederhanaan" yang dilaksanakan kerajaan juga selaras dengan konsep "Chung Young" atau " Wasatiah" menerusi penerimaan persamaan nilai, katanya.
Mengenai pendidikan, Najib berkata kerajaan sentiasa sedar akan kepentingannya kepada kaum Cina, malah beberapa dasar dan pendekatan telah kerajaan buat bagi membantu meningkatkan pendidikan kaum Cina itu.
Najib berkata dasar itu bukanlah dasar baharu tetapi dilaksanakan sejak beliau menjadi menteri pendidikan lagi.
"Pendidikan dekat di hati saya dan kaum Cina, saya hormati keutamaan kaum Cina kepada pendidikan," katanya.
Mengenai Sekolah Menengah Tsung Wah itu, Najib berkata beliau akan berbincang dengan kerajaan negeri berkenaan peruntukan yang diperlukan untuk membina blok bangunan pentadbiran baharu di sekolah berkenaan.
Najib turut mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Perak yang memperuntukkan kira-kira 1,000 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian di Perak sejak tiga tahun lepas.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah enteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
- BERNAMA