Monday, 15 July 2019
Laporan PAC Bayaran Balik GST Membuktikan Tiada Rompakan - Najib
By @MNA at 22:05:00
Laporan PAC tentang wang bayaran balik GST membuktikan tiada rompakan seperti yang dibohong Lim Guan Eng.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ahmad Badri Mohd Zahir, memberitahu PAC, wang RM19.4 bilion GST tidak dicuri. Katanya, apa yang berlaku hanyalah isu prosedur dan bagaimana ia diproses.
Tapi ada penyokong DAP yang masih tak puas hati dan mendakwa kerajaan BN dahulu telah melanggar undang-undang dengan memasukkan kutipan GSt ke akaun yang salah dan selepas itu, wang ini telah disalahgunakan.
Ya, benar bahawa klausa 54 (2) Akta GST memerlukan semua kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST (Refunds trust fund).
Tetapi, klausa 54 (5) Akta GST juga membenarkan Menteri Kewangan (Najib Razak masa itu) mengarahkan untuk kutipan dimasukkan ke mana-mana akaun yang lain.
Oleh itu, saya membenarkan kutipan GST dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan kerajaan setelah dinasihat oleh penjawat awam dari kewangan Malaysia untuk tujuan pengurusan aliran tunai (cash flow management) memandangkan:
1) Praktis ini serupa dengan apa yang diamalkan oleh negara-negara lain untuk kutipan GST seperti di negara jiran Singapura; dan
2) Bayaran balik wang GST memerlukan masa kerana terdapat banyak dari tuntutan ini adalah tuntutan yang perlu disahkan. Ada juga ramai tuntutan adalah pemalsuan atau tidak layak dibayar.
Ini terbukti kerana mengikut laporan PAC hari ini, hanya RM1.45 bilion telah diluluskan untuk dibayar balik setakat 5 Jun 2018 (tahun lepas) selepas PRU14.
Malah setelah setahun pada 10 April 2019, hanya RM6.03 bilion dari RM19.4 bilion itu disahkan untuk dibayar.
Setakat akhir suku pertama tahun 2019, kerajaan PH hanya membayar balik RM3 bilion dari RM19.4 bilion itu.
Ini juga bermakna Guan Eng menipu bahawa semua RM19.4 bilion ini layak untuk dibayar dan kerajaan BN dahulu sudah rompak duit ini.
Laporan PAC juga mengesahkan bahawa tiada permintaan dari Jabatan Kastam untuk pindahan wang kepada Akaun bayaran balik GST telah ditolak oleh kerajaan BN dahulu.
Ini bermaksud, tiada undang-undang telah dilanggar oleh kerajaan BN dahulu.
Kedua-dua syor laporan PAC itu juga tidak menyeru kerajaan untuk mengambil apa-apa tindakan undang-undang atau jenayah ke atas isu GST ini.
Kalau kerajaan BN perlukan wang pun, kita tak perlu menyalahgunakan wang bayaran balik GST.
Kita boleh ambil sahaja dari rizab RM170 billion Petronas tapi kita berbuat demikian.
Guan Eng fikir PH boleh jarah RM82 bilion dari Petronas dengan gunakan alasan nak bayar balik GST, kerajaan BN tak boleh? Boleh. Tapi kita tak buat macam dia.
PH tipu untuk menang.
Selepas menang PH terus menipu.
Tapi sekarang, kita nak tengok jika kerajaan PH akan mengambil apa-apa tindakan terhadap penipu bersiri bernama Lim Guan Eng itu.
Rujuk:
https://www.malaysiakini.com/news/483891
Related Posts:
TAHNIAH... Chong Wei Raih Kejuaraan Ke-11 Terbuka Malaysia SHAH ALAM - Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan ke-11 kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, di sini hari ini.Chong Wei yang juga pilihan kedua kejohanan, mengua… Read More
Rakyat Perlu Diberi Perhatian Kerana Miliki 'Kuasa' - TPM HUTAN MELINTANG, - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesejahteraan rakyat terutama golongan kurang bernasib baik wajar diberi perhatian kerana mereka mempunyai 'kuasa' dalam menentukan pemerintahan negara.Timbalan… Read More
Lim Kit Siang Jadikan Isu Rafizi Sotong Sebagai Penutup Skandal MEGA Lim Guan Eng Tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan anggotanya menahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ketika persidangan Dewan Rakyat masih berbaki dua hari, dikecam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.… Read More
Rafizi Kini Ditahan Di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah berbeza pada Jumaat atas tiga pertuduhan berlainan termasuk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon d… Read More
Sombong...Ego.. Sifat Raja Fitnah Si Rafizi. Dahulu Rafizi Ramli menjadikan alasan beliau hanya bergurau bagi mengelak saman fitnah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam isu cincin, kini Naib Presiden PKR itu mendakwa beliau berseloroh m… Read More