Selepas ini berhenti mengata dan melabel DS Najib perompak!, kerana seseorang individu TIDAK bersalah selagi belum dibuktikan.
Itu hak setiap tertuduh apatah lagi jika baru disiasat atau dikaitkan. Ini melibatkan hak asasi berasaskan prinsip undang-undang universal termasuk dalam syariah.
Lebih tepat maxim atau prinsip undang-undang ini merujuk kepada pembuktian itu pada yang mendakwa, maka yang dituduh tidak harus menanggung akibat sehinggalah didapati bersalah.
Terbit daripada Common Law Inggeris dan turut terkandung dalam Artikel 11 Deklarasi Universal Mengenai Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), begitu juga dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan asasi warganegara.
Undang-undang tidak menyatakan mereka yang disiasat perlu bercuti, bahkan yang dituduh pun boleh terus memegang jawatan yang disandang.
Lihat sendiri kes-kes dakwaan keatas DS Najib belum mencapai apa-apa keputusan sebaliknya pihak pendakwa raya pula beberapa kali memohon perbicaraan ditangguhkan.
Pihak yang menuduh dilihat terkial-kial memutar belit kenyataan dan ubah kenyataan.
Kerajaan PH sebenarnya mencipta bom fitnah demi menjatuhkan DS Najib dan BN.
Kita nantikan bom yang dicipta meletopkan PH kembali. Lim Guan Eng berbohong di Dewan Rakyat tiada tindakan diambil oleh speaker,
Azmin terlibat dengan skandal semburit masih memegang jawatan.
Satu persatu keburukkan pemimpin PH terkeluar atau didedahkan oleh team mereka sendiri.
Sebaliknya dengan izin Allah kebenaran juga makin terdedah sendirinya bila berlaku pergolakan sesama mereka sendiri.
Sesungguhnya kerajaan yang menang atas dasar memfitnah tidak akan kekal lama.