Wednesday 25 May 2016

SPRM Selesai Siasat Kes Ketua Menteri Pulau Pinag




BERHUBUNG siasatan SPRM terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, SPRM telah melengkapkan siasatan tersebut dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuat keputusan ke atas kertas siasatan yang dikemukakan kepadanya.

Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil.

Perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.