Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk mengatasi semua permasalahan dalaman sebelum menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkatadengan majoriti yang diperoleh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kawasan itu hanya 399 undi, setiap strategi yang disusun perlu dipastikan keberkesanannya.
“Dalam PRK Sungai Besar ini, kita (BN) adalah ‘underdog’ kerana kita menang dahulu pun hanya 399 undi, kita harus bekerja keras dan kerja dengan bijaksana untuk atasi semua permasalahan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program oleh Kerajaan Persekutuan untuk Parlimen Sungai Besar di Perdana Putra