Pakatan Harapan sinonim dengan GAGAL Felda turut menjadi mangsa ketidak kredibiliti PH. Harga sawit jatuh hingga ke tahap yang menyusahkan warga felda dimana ianya sudah dianggap tidak mempunyai nilai langsung. Wang saraan warga Felda turut gagal dibayar. Saham merudum jatuh. Begitu juga dengan ringgit.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil membuat kenyataan berkenaan keadaan semasa Felda. Menurut beliau, Pakatan Harapan mencipta masalah untuk diri mereka dan memburukkan lagi masalah yang dihadapi Felda sejak tahun lalu.
Datuk Seri Najib menyenaraikan 5 sebab kegagalan Felda yang berpunca daripada manifesto pilihan raya PH, menyebabkan peneroka tidak membayar hutang mereka. Tindakan itu menjejaskan aliran tunai Felda kerana RM7.7 bilion daripada RM8 bilion hutang Felda ialah pinjaman kepada peneroka.
Kelewatan PH melantik pengerusi dan pasukan pengurusan baru untuk mengetuai Felda, melambatkan pembayaran kepada peneroka dan projek terpaksa dihentikan separuh jalan. Malah hampir 20,000 peneroka atau 20% daripada mereka menjual terus tandan sawit kepada pembeli luar dan bukannya Felda. Peneroka bertindak demikian kerana tidak ingin bayaran mereka lambat dan ditolak hutang.
Felda mengalami kerugian kerana tidak dapat menjual semula hasil peneroka kepada FGV dan jumlah jualan FGV merosot RM3.5 bilion pada 2018 berbanding tahun sebelumnya sehingga menyebabkan ia mengalami kerugian buat pertama kali sejak disenaraikan.
Satu lagi sebab masalah timbul dalam Felda disebabkan kerajaan PH lambat meluluskan bantuan kewangan kepada peneroka. Kementerian Kewangan hanya meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM77 juta pada Disember lalu.
Harga jualan minyak sawit mentah merosot sekitar RM1,700 sehingga RM2,000 setan selepas pilihan raya umum ke-14 tahun lalu sedangkan kos pengeluaran Felda kira-kira RM1,800 setan. Oleh kerana Felda mempunyai kos operasi dan kos tetap, harga jualan minyak sawit merupakan sebab utama pengaliran tunai Felda terjejas.
Tahukah anda, Felda tidak memerlukan bantuan kewangan sepanjang Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri. Pada 10 April lalu, Putrajaya mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion kepada Felda yang menanggung kerugian dan hutang sejak sedekad lalu, susulan pembentangan kertas putih mengenai masalah kewangan dihadapi agensi itu di Dewan Rakyat.
Akhirnya, yang menjadi kambing hitam adalah Barisan Nasional walaupun PH yang gagal menguruskan Felda. Jangan bimbang, warga Felda tahu PH memang gagal biarpun PH cuba menyalahkan BN.