Saturday, 27 July 2019
Cerita Negara Turki " Jual Negara" Kepada Malaysia Hasil Kebijaksanaan Najib.
By @MNA at 18:04:00
Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan telah melawat lapangan terbang kedua terbesar Turki (dan ke 12 terbesar Eropah) iaitu Sabihah Gokcen International Airport (SGIA) ketika lawatan rasminya ke negara tersebut.
Ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya SGIA adalah milik penuh Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) yang merupakan anak syarikat milik Khazanah Nasional.
Kisah bagaimana MAHB mengambil alih dan memajukan SGIA adalah sangat menarik. SGIA bukanlah sebuah lapangan terbang yang asalnya menguntungkan. Pada tahun 2007, ketika MAHB memiliki 20% pegangan di dalam lapangan terbang tersebut, SGIA hanya menerima 3.5 juta penumpang setahun.
Pada zaman DS Najib Razak, MAHB telah diberikan lampu hijau bagi membeli pegangan 40% daripada GMR Infrastructure Ltd (syarikat India) dengan harga €225 juta pada tahun 2013. Pada 2014, MAHB memiliki SGIA secara penuh selepas membuat pembelian baki 40% daripada Limak Holding (syarikat Turki) dengan harga €285 juta.
Pelaburan ini pada awalnya dilihat berisiko kerana SGIA mencatatkan kerugian dan bergelut bagi menarik syarikat kapal terbang, namun kepercayaan kerajaan kepada pengurusan Khazanah dan MAHB tidak sia-sia.
Bermula selepas itu SGIA tidak menoleh ke belakang lagi. Pada tahun 2017, SGIA berjaya menerima kedatangan 32 juta penumpang (melebihi KLIA) dan memberikan khidmat kepada 53 syarikat penerbangan ke 131 destinasi antarabangsa dan 41 domestik. Ini adalah pertumbuhan tahunan purata 25% dan antara yang tertinggi di dunia.
SGIA juga mula mencatatkan keuntungan selepas rugi bertahun-tahun. Pada 2017, SGIA mencatatkan keuntungan bersih RM236.5 juta melalui hasil terkumpul tahunan RM4.65 bilion.
Selepas PRU14, Turkish Airlines telah membuat tawaran bagi membeli 80% pegangan SGIA dengan harga €750 juta. Sekiranya tawaran itu diterima, MAHB akan mencatat keuntungan sekurang-kurangnya RM1.7 bilion bagi pelaburan kurang daripada 6 tahun.
Apa yang berlaku menunjukkan bagaimana sebuah kerajaan hanya boleh berjaya dengan kepercayaan dan kerjasama antara pegawai dan pemimpin negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang atau retorik politik.
Inilah kisah bagaimana DS Najib Razak akan terus hidup di hati kami walaupun kalian berusaha memagarnya di balik tirai besi
#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation
----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
UTC Terengganu
Related Posts:
Di Sebalik Khabar Angin, TH Umum Bonus Sehingga 8 Peratus Untuk Pendeposit Biarpun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak 5.0 peratus bonus tahunan dan 3.0 peratus tambahan bonus haji khusus kepada pendeposit yang belum pe… Read More
Akhirnya, Malaysia Menandatangani Perjanjian TPP Di Aukland Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) yang menjadi pertikaian ramai pihak sebelum ini, akhirnya di muktamatkan dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed telah menandatangani perjanjian ini bagi pihak Malaysia. Majlis menandat… Read More
Ahmad Bashah watak penting dalam kejayaan BN rampas Kedah ALOR SETAR: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan watak penting kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ahmad Bashah, 66, y… Read More
‘Pasta Jalanan’ Pula Jadi Fenomena .... Lokasi jualan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Buat anda yang meminati menu pasta, kini ia bukan sahaja boleh didapati di kafe atau restoran mewah. Terdapat sebuah gerai yang diberi nama Pasta Jalanan menjual menu pasta dengan harga yang sangat murah atau pun dipang… Read More
Asyik Berselfie Lupa 51,761 Ahli Puteri UMNO Belum Daftar Sebagai Pemilih... Seramai 51,761 daripada kira-kira 400,000 anggota Puteri UMNO yang berumur lebih 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pemilih, kata Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Sehubungan itu, beliau meminta Puteri UMNO d… Read More