Saturday, 27 July 2019
Lim Kit Siang Jangan Menguna Isu Klepto-teokrasi Untuk Menghina Islam
By @MNA at 12:42:00
Tertarik dengan tulisan Senator Ti Lien Ker Naib Pengerusi MCA berkaitan komen-komen Lim Kit Siang mengenai Islam.
Mengapa perlu biadap , sedangkan pihak kita tidak pernah persoal agama dia?
Menurut Ti Lien Ker, Lim Kit Siang diingatkan jangan menghina agama Islam dengan mengaitkannya dengan klepto-teokrasi.
MCA mengingatkan Lim Kit Siang agar tidak menghina agama Islam dengan mengaitkannya dengan istilah klepto-teokrasi (kleptokrasi dan teokrasi). Menerusi kenyataan media yang dibuat di laman blognya, beliau secara tiba-tiba pada hari Jumaat yang mulia bagi seluruh umat Islam telah mempersoalkan adakah tamadun Islam mampu kembali ke zaman kegemilangannya sekiranya agenda klepto-teokrasi yang berpaksikan pembohongan, kepalsuan, ketidakpercayaan, kebencian, curiga dan rasuah masih berterusan.
Apakah agenda Kit Siang ini yang sebenarnya? Beliau sepatutnya melihat cermin terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Dengan menggambarkan hubungan kerjasama UMNO/BN-PAS sebagai klepto-teokrasi, ini membuktikan bahawa Kit Siang dan DAP sebenarnya sudah mula merasa bahang yang akan menumbangkan mereka pada pilihanraya umum akan datang.
Jika parameter klepto-teokrasi Kit Siang ini digunapakai, maknanya DAP lebih awal lagi menjadi pelopornya dengan kerjasama mereka bersama PAS dan PKR ketika Pakatan Rakyat dahulu. DAP pada ketika itu sanggup menipu para pengundi bukan Islam dengan mendakwa PAS telah melepaskan agenda “Negara Islam” hanya semata-mata kerana kemaruk pada kuasa. Hari ini juga, Kit Siang turut telah menjilat ludahnya dengan bekerjasama dengan pemimpin yang pernah didakwanya sebagai seorang diktator yang mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Ternyata Kit Siang cuba bermain wayang dengan cuba menakut-nakutkan rakyat negara khususnya pengundi bukan-Islam dengan catatan terbaru beliau itu. Kerajaan Pakatan Harapan sudahpun berkuasa tetapi kenapa Kit Siang masih perlu mempersoalkan adakah tamadun Islam boleh kembali membangun dengan kleptokrasi. Atau adakah sebenarnya Kit Siang sedang menyindir sekutunya di dalam Pakatan Harapan kerana skandal dan kehodohan yang diketahui umum . Apa sekalipun, Kit Siang sebagai seorang tokoh politik veteran seharusnya lebih bertanggungjawap dan jangan dilihat seakan-akan menghina atau mempersendakan Islam dengan sewenangnya dihubungkaikan dengan penipuan, kepalsuan , kleptocrasi dan sebagainya.
Jelas sangat Kit Siang risau dengan perpaduan ummah yang dipelopori Umno dan Pas . DAP seharusnya berhenti menyerang BN, UMNO dan PAS, adalah lebih baik Kit Siang terus fokus kepada masalah yang melibatkan ahli partinya sendiri. Isu Pasir Gudang oleh Menteri DAP yang tak selesai sehingga kini, isu rogol pembantu rumah oleh Exco DAP Perak, isu ugutan Pengerusi DAP negeri kepada Ketua Polis Daerah dan pelbagai lagi. Semuanya melibatkan ahli DAP sendiri. Sibuk jaga hal rumah tangga orang, lebih baiklah Kit Siang jaga urusan dalam kain sendiri. Takut terselak, termalu nanti.
Hakikatnya hari demi hari, Kit Siang semakin tersepit dengan agenda politiknya. Sikap sekutu “diktator”nya yang semakin berkuasa membuatkan beliau seolah-olah telah buntu untuk merelevankan dirinya dalam arus politik semasa. Akhirnya beliau mencari cara cuba memporakperandakan masyarakat Melayu Islam di negara ini dengan mengaitkan tamadun Islam dengan klepto-teokrasi dan sebagainya. Semoga masyarakat di negara ini terus dipelihara. Sudah-sudahlah Kit Siang, bersaralah dari terus main api perkauman dan keagamaan sekian lamanya.
YB DS Senator Ti Lian Ker
Naib Pengerusi MCA
http://bit.ly/2OmB6Nw
Related Posts:
Semua Anak Kapal Zaytouna-Oliva Ke Gaza Selamat PENGERUSI MyCare, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor mengesahkan kesemua 13 anak kapal dan anggota misi kemanusiaan ‘Women’s Boat To Gaza (WBG) yang berada di atas kapal Zaytouna-Oliva kini berada dalam keadaan selamat.Kapal l… Read More
UMNO Rakam Takziah Tokoh Melayu Terbilang 2016, Aziz Tapa Meninggal Dunia KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara penerima Tokoh Melayu T… Read More
BN Perak Tidak Gentar Dengan Mainan Politik Mahathir - Dr Zambry SUNGAI SIPUT - Barisan Nasional (BN) Perak sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Malah, katanya,… Read More
Keluarga Sudah Jangka, Sedia Hadapi Situasi Ini - Suami Dr Fauziah PETALING JAYA - Ahli keluarga aktivis misi bantuan kemanusiaan, Dr Fauziah Hasan yang kini ditawan Israel sudah menjangka bakal berdepan insiden itu dan bersedia menghadapi situasi berkenaan dengan penuh kesabaran."Kami ahl… Read More
MB Perak Kecam Tindakan Kor Ming Isu Lompat Parti IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengecam tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilihat berpura-pura menentng amalan lompat parti. Menurutnya, beliau mempertikaikan tindakan Kor … Read More