Monday, 29 July 2019
14 Juta Lebih Dibelanjakan Lawatan PM 7 Ke Luar Negara Apa Hasilnya?
By @MNA at 21:35:00
Lebih RM14 juta dibelanjakan untuk lawatan PM ke luar negara.
Lawatan jikalau tidak mendatangkan hasil memang membazirkan duit negara. Dimaklumkan ekonomi negara tidak stabil mengapa perlu lawatan ke luar negara ?
Bila rakyat diminta berhemah dalam berbelanja, berjimat cermat dalam masa yang sama kerajaan sendiri dilihat makin kuat menghabiskan duit.
Sesi-sesi lawatan tidak membawa pulang MOU atau perjanjian perniagaan sebaliknya hanya BON hutang yang dapat. Tidakkah ini meningkatkan kadar hutang negara dan membebankan rakyat?
Kerajaan telah membelanjakan lebih RM14 juta untuk membiayai lawatan rasmi PM 7 ke luar negara sejak setahun lalu, dedah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md Farid Md Rafik.
"Perbelanjaan terperinci bagi keseluruhan lawatan rasmi ke luar negara yang dibuat oleh Perdana Menteri bagi tempoh setahun yang lalu adalah berjumlah RM14,327,865.05 (melibatkan 22 lawatan).
"Perbelanjaan ini merangkumi pegawai kerajaan yang turut serta dalam setiap lawatan Perdana Menteri ke luar negara sepertimana yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri," kata Md Farid dalam jawapan bertulis di parlimen.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, yang bertanya butiran terperinci kos untuk lawatan ke luar negara perdana menteri bagi tempoh setahun lalu.
Sebelum ini dilaporkan pada April tahun ini kerajaan telah membelanjakan RM12.7 juta bagi lawatan rasmi anggota kabinet ke luar negara antara Mei dan Disember 2018.
Perbelanjaan ini meliputi 31 perjalanan, seperti yang didedahkan dalam satu lagi jawapan bertulis parlimen.
Related Posts:
Akhirnya Kampung Mutiara Akan Hanya Tinggal Nama Di Pulau Pinang Berita sedih bagi hampir kesemua penduduk Kampung Mutiara. Semalam, Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Asmabi Mohamad, sebulat suara menolak r… Read More
PERSENGKETAAN antara PAS dan DAP dilihat semakin kritikal... PERSENGKETAAN antara PAS dan DAP dilihat semakin kritikal. Baru-baru ini beberapa portal melaporkan DAP telah memfitnah Nasharuddin Hassan menonton video lucah semasa menginap di sebuah hotel di Jerman pada… Read More
Mahathir Terus Menipu Tentang Perkahwinan Anak Perdana Menteri Seperti yang diperkatakan beliau sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan berhenti dari terus menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kali ini beliau bertindak memfitnah Datuk Seri Mohd N… Read More
6 Institusi Kewangan Lancar Platform Akuan Pelaburan 17 FEB: Affin Islamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank Islamic, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional adalah enam institusi kewangan Islam yang melancarkan platform teknologi kewangan pengantara bank dikenali Platform A… Read More
PERANGI IDEOLOGI SALAH SUNNYLANDS (California) 17 Feb. - Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) berakhir hari ini dengan penegasan Malaysia bahawa usaha membanteras keganasan yang menjadi tumpuan agenda pertemuan, hanya akan berjaya jika dap… Read More