Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ibarat ‘cacing kepanasan’ apabila diasak bertubi-tubi daripada ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.
Soalannya mudah " siapa uruskan aset Tabung Haji bernilai Rm 19 billion?
Akibat tidak tahan dengan asakan tersebut sehingga membuatkan beliau menggunakan perkataan ‘tahi’ ketika memberikan jawapan berhubung isu Tabung Haji.
Inilah jawapan yang diberi oleh menteri agama “Ada yang kata Tabung Haji ni duduk bawah DAP, kata Tabung Haji ni tak selamat.“Kita cuma nak Tabung Haji ini selamat daripada orang yang buat tahi,” katanya.
Kenyataan Mujahid itu menimbulkan kemarahan di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS kerana beliau langsung tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Seri Azeez Rahim lalu bangun dan mendesak beliau untuk menarik balik pernyataan tersebut.
Desakan itu disokong ahli Parlimen PAS Pendang, Awang Hashim.
Speaker, Datuk Mohd Ariff Md Yusof kemudiannya meminta Mujahid menarik balik perkataan tahi tersebut.
Mujahid bersetuju untuk menarik balik perkataan tahi dan menggantikannya dengan perkataan ‘onar’.
Akhirnya terbongkar juga identiti CEO syarikat yang dilantik oleh MOF menjaga aset tabung haji. Rupanya CEO tersebut ialah Chin Yin Hemg seorang cina.
Patutlah menteri agama tidak mahu menjawab soalan takut kena hamput rupanya.