Tuesday, 26 March 2019

Menteri Kewangan Akui Hutang Negara Di Bawah PH Meningkat Tinggi



Menteri Kewayangan akhirnya terpaksa mengaku bahawa Hutang Negara telah naik dengan kadar yang jauh lebih tinggi di bawah kerajaan PH berbanding tahun-tahun sebelumnya di bawah BN.

Ini bermakna jumlah hutang kerajaan telah meningkat RM87.1 bilion kepada RM773.1 bilion pada hari ini berbanding RM686 bilion pada akhir tahun 2017.

Tetapi Menteri Kewayangan memberi alasan bahawa mereka perlu mengikut bajet tahun 2018 dari BN. 

Oleh itu, hutang negara naik dengan begitu tinggi sekali.
Ini satu alasan yang tidak logik sama sekali. 
Unjuran defisit Bajet tahun 2018 adalah 2.8%. 

Defisit sebenar untuk tahun 2018 di bawah PH naik ke 3.7%,  belum lagi masuk lagi wang RM82 bilion dijarah dari Petronas.

Satu Malaysia tahu bahawa banyak projek dan bantuan di bawah Bajet 2018 dari BN telah dimansuhkan atau dikurangkan selepas PH mengambil alih.

Celah mana hutang meningkat dengan begitu banyak kerana Bajet 2018 dari BN?
PH tidak mengikut bajet 2018 dari BN pun tetapi tiba-tiba mahu gunakan ini sebagai alasan mengapa hutang negara naik. 

Tiba-tiba Menteri Kewayangan seperti tersedar alasan beliau tidak logik. 
Last-last, dia petik hutang 1MDB pulak.

Ini satu lagi contoh bagaimana Menteri Kewayangan tak berani menjawab soalan dengan betul tetapi cuba mencari alasan yang langsung tidak masuk akal untuk salahkan BN.

- Najib Razak

Related Posts: