Guru merupakan barisan hadapan dalam membentuk kecemerlangan negara. Guru juga merupakan profession yang mulia. Di tangan mereka lahirnya pelbagai pakar di dalam pelbagai bidang untuk memenuhi sektor pekerjaan. Kerajaan amat menitik berat kebajikan semua guru-guru.
Oleh itu andaian yang sering dicanangkan pihak tertentu kononnya para guru lebih cenderung kepada pihak pembangkang adalah tidak benar.
Sebaliknya, Datuk Seri Mahdzir Khalid percaya majoriti golongan pendidik itu memberi sokongan dan bersama dengan kerajaan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN).
Guru pada saya untuk kali ini bersama dengan kerajaan.
“Kalau ada sikit-sikit itu, kita harap mereka boleh faham bahawa UMNO dan BN merupakan kerajaan yang melihat kepada semua perkara termasuklah kakitangan awam, yang juga melibatkan para pendidik,”
Pelbagai insentif diberi untuk menjaga kebajikan guru-guru, antaranya peningkatan gred dan tangga gaji katanya.
Beliau berharap masyarakat tidak lagi beranggapan guru tidak menyokong kerajaan.
Isu guru tidak menyokong kerajaan hanya kes terpencil cuba kita lihat apakah tujuan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengadakan jelajah dengan menggunakan lori di seluruh negara kononnya mahu memberi kesedaran kepada rakyat untuk bersama dengan beliau membina semula negara.
Mahdzir percaya taktik digunakan Ahli Parlimen Pandan itu sengaja mahu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan semata-mata mahu meraih undi pada pilihan raya umum akan datang sahaja.
“Beliau mahu bina semula negara? Apa yang mahu dibina? Beliau kata mahu bina negara yang telah rosak? Di mana rosaknya?” jelas beliau.
Berhubung tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan dari PKR, Hee Loy Sian memfailkan saman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menolak soalannya berkaitan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Mahdzir menjelaskan itulah warna sebenar pembangkang.
Beliau berkata, sepatutnya Loy Sian bercakap secara elok kepada Pandikar Amin di dalam Parlimen dan bukannya membawa terus perkara itu ke mahkamah sehingga memberi gambaran tidak baik kepada negara serta institusi Parlimen.