Friday, 28 December 2018

PH Beri Subsidi Elektrik 185,000 Orang, Saya Beri Manfaat Lebih Sejuta - Najib Razak


Skim pengecualian bayaran tarif elektrik bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) membantu lebih 1.2 juta isi rumah berbanding kerajaan sekarang.

Datuk Sri Najib Razak berkata bantuan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya membabitkan 185,000 orang bagi yang mendaftar dalam e-Kasih, mereka yang berpendapatan kurang RM1,500 (di bandar) atau RM1,000 (luar bandar).

“Di bawah kerajaan BN, lebih dari 1.2 juta isi rumah tidak perlu membayar satu sen setiap bulan jika penggunaan elektrik mereka tidak sampai RM20 sebulan,” tulis bekas perdana menteri di Facebook.

“Skim tersebut ini dimansuhkan oleh kerajaan PH bermula 1 Januari ini dan diganti dengan skim rebat RM40 di mana hanya 185,000 isi rumah akan mendapat manfaat.”

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan menaikkan kadar subsidi bil elektrik kepada RM40 sebulan, berbanding RM20 ketika ini, yang memanfaatkan 185,000 akaun pengguna.

Datuk Sri Najib Razak juga berkata skim rebat RM40 yang baru diperkenalkan itu bukan untuk semua golongan B40 seperti media laporkan kerana “mustahil” jumlahnya sebanyak 185,000 orang.

Tambahnya, skim pengecualian bil elektrik RM20 dan ke bawah dimulakan pada 2008 sewaktu beliau dilantik menteri kewangan bagi menggalakkan rakyat menjimat penggunaan elektrik.

“... lebih dari satu juta isi rumah di Malaysia yang sebelum ini tidak perlu membayar apa-apa pun akan bersedia untuk mula membayar bil elektrik bermula minggu depan,” katanya.

“Mereka berkorban (ataupun sudah terkorban) untuk negara seperti disaran oleh kerajaan PH.”

Related Posts: