Thursday, 27 December 2018
DS Najib Razak Simpati Dengan Nasib Peneroka
By Aku Torres at 19:03:00
Peneroka FELDA
Mantan Perdana Menteri berharap agar Pakatan Harapan tidak mempolitikkan isu yang berbangkit berkenaan peneroka FELDA sebaliknya tumpu perhatian untuk menyelesaikan masalah bayaran saraan.
DS Najib Razak yang bersimpati dengan nasib malang peneroka apabila dilaporkan tidak menerima bayaran saraan beberapa bulan.
“Hakikatnya semasa Barisan Nasional (BN) memerintah kebajikan peneroka dihargai dengan sempurna sekali,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, tujuan beliau membuat penjelasan hari ini kerana bimbang isu FELDA akan diputarbelitkan oleh kerajaan PH.
“Apabila saya ambil alih jadi PM, saya sedar perkara ini (masalah pokok lama dan kebajikan peneroka) dan telah ambil keputusan dasar bersama FELDA lancar program pembangunan semula dalam bentuk ganti pokok-pokok lama dgn tanaman semula.
“Kedua tambah kebajikan para peneroka khususnya beri sumbangan dana untuk mereka tambah baik rumah-rumah FELDA,” katanya.
Beliau terdahulu berkata antara faktor berlakunya kelewatan pembayaran adalah kejatuhan harga sawit.
“Kenapa perkara ini berlaku? Ini kerana dua faktor. Pertama, harga sawit jatuh ketara antara RM1,700 hingga RM2,000 satu tan, keadaan di mana kos pengurusan meningkat sehingga RM1,800 dan ini salah satu punca FELDA alami (masalah) aliran kewangan.
“Kedua disebabkan dalam mereka kejar kemenagan, PH telah menjanjikan dalam manifesto mereka mereka akan hapuskan hutang peneroka dan kini mereka sudah tentu keberatan akan bayar balik.
“Apa yang saya kesal langkah menyalahkan kerajaan BN kononnya berlaku ketirisan. Saya hendak jelaskan apa juga tuduhan telah siasat waktu pentadbiran saya lagi,” katanya. - SuaraTv
Related Posts:
DS Najib Razak Simpati Dengan Nasib Peneroka Mantan Perdana Menteri berharap agar Pakatan Harapan tidak mempolitikkan isu yang berbangkit berkenaan peneroka FELDA sebaliknya tumpu perhatian untuk menyelesaikan masalah bayaran saraan. DS Najib Razak yang bersimpati d… Read More