Friday, 28 December 2018
Berani Johari Kritik Tun M Tiada Hala Tuju
By @MNA at 09:54:00
Tiada perancangan dan hala tuju jelas ke arah Malaysia Baharu menyebabkan rakyat mula kecewa dengan kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, berkata kegagalan memahami konsep Malaysia Baharu menyebabkan kerajaan mengulangi kesilapan lama yang dilakukan kerajaan terdahulu.
“Kalau tanya apa Malaysia Baharu dekat orang BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) mereka pun tidak faham apa. Kalau niat hendak jatuhkan (Datuk Seri) Najib (Razak), Najib sudah jatuh. Sekarang kita hilang punca tidak tahu hendak pergi ke mana.
“Lepas itu, kita ulang balik perkara yang rakyat tidak suka. Ini tidak membantu. Apa yang dinyatakan Lim Kit Siang itu ada betulnya, apabila 20 tahun kita melawan Barisan Nasional (BN) kita perlu tahu apa hendak buat sekarang,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Penasihat DAP, Kit Siang yang parti itu tidak akan teragak-agak meninggalkan PH jika tujuan Malaysia Baharu dikhianati.
Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, berkata selepas Najib jatuh, Dr Mahathir seperti tidak tahu untuk membuat apa-apa dan hanya menghabiskan masa ke luar negara.
“Tun hanya mengulangi ucapan yang sama bahawa Najib mencuri. Cukuplah, dia pun sudah ke mahkamah, biar mahkamah yang tentukan.
“Cakaplah sesuatu yang lebih positif, tetapi tiada. Rakyat tertanya-tanya apa seterusnya? Rakyat pastinya mahu sesuatu yang progresif tetapi tidak nampak hala tuju yang jelas,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau tidak pasti sama ada Perdana Menteri terlupa, tidak peduli atau tiada siapa yang menasihatkannya.
“(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tidak boleh masuk campur sebab dia orang luar. Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) pula ada batasnya.
“Dalam hal ini Perdana Menteri kena buat keputusan. Lakukan sesuatu untuk tidak lagi mengecewakan rakyat,”
Related Posts:
Gambar beg tangan dari serbuan 1MDB? Itu milik kami – laman beli-belah Gambar yang menunjukkan barisan beg tangan mewah yang tersebar meluas di dalam media sosial bukanlah dari serbuan oleh polis berkaitan 1MDB sejak seminggu lalu – tetapi diambil dari laman web beli-belah. http://s3media.… Read More
UNDI TENTERA DAN POLIS TIDAK LAGI MEMIHAK KEPADA BN – Dr Ong Kian Ming Anggota keselamatan polis dan tentera turut menolak Barisan Nasional (BN) dalam jumlah undi yang signifikan pada pilihan Raya Umum ke-14 kata Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP, Dr Ong Kian Ming. Trend tersebut jela… Read More
Hati-Hati Sandiwara Mahathir Saat Akhir Setelah berpuluh tahun Allahyarham Fadzil Noor meninggal dunia akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur beliau petang tadi. Seingat saya ini kali pertama. Mungkin saya silap. Ramai beranggapan Mahathir terpaksa… Read More
180 DOSA-DOSA BESAR Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Kepada Rakyat Malaysia Beliau dianggap sebagai musuh No. 1 Rakyat. Tanpa belas kasihan beliau dihina dicaci dimaki difitnah ditahan dihalang keluar negara hingga beliau keseoragan tanpa kawan & pembelaan. Beliau langsung tiada 'Jasa & Ba… Read More
Drama Raih Simpati Sudah Bermula, Mahathir Main Wayang & Sandiwara Drama simpati dari Kerala sudah mai dah di Langkawi. Di seluruh negara sedang "trending" cerita Infinity War, tetapi di Langkawi lain pula, ada drama Keling dari Kerala. Dua minggu lepas, Mahathir kata kedai rotinya tidak… Read More