Tuesday, 25 December 2018

Bila Nak Hukum Pembunuh Adib? Kata Kerajaan PH Adil.


Genap seminggu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kasim, 24, meninggal dunia selepas dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 dekat sini.

Usahkan hendak didakwa di mahkamah, sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan terhadap si pelaku walaupun terdapat 99 orang individu telah ditahan reman berkaitan kes rusuhan tersebut termasuklah empat lelaki yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Jika adapun pendakwaan, semuanya membabitkan kesalahan merusuh, menghalang tugas polis dan mencederakan pihak berkuasa serta orang awam.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mendedahkan pihaknya telah memanggil 38 orang saksi termasuk empat individu yang disiasat mengikut Seksyen 307 itu bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian itu.

Namun, masih tiada sebarang petunjuk bahawa si pelaku akan ditangkap dan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. Pembelaan nasib malang Muhammad Adib masih samar-samar dan mengundang seribu satu persoalan.

Menurut sumber orang lama, kejadian tersebut hampir sebulan berlaku dan sepatutnya pembunuh Muhammad Adib sudah boleh dikenal pasti dan ditangkap.

Adakah wujud campur tangan luar dalam siasatan kes itu? Jelas orang lama itu, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Proses siasatan dalam apa jua kes jenayah tidak sepatutnya mendapat campur tangan mana-mana pihak termasuklah pihak atasan.

Menyingkap insiden malang itu, Allahyarham tiba di lokasi kejadian bersama rakannya yang lain untuk memadamkan api yang sedang marak membakar kenderaan di kuil terbabit pada awal pagi, 27 November lalu.

Malangnya, kumpulan perusuh bertindak ganas dan menyerang jentera bomba termasuk memukul mangsa yang sepatutnya menamatkan zaman bujangnya Jumaat lalu hingga mengakibatkan kecederaan parah di bahagian badan dan paru-paru.

Memang benar ini bukan drama yang semuanya selesai dalam tempoh sejam atau dalam episod akan datang namun sehingga bila ahli keluarga, tunang dan warga bomba serta seluruh rakyat Malaysia perlu menunggu penamatnya atau adakah akan ada pengakhiran dalam kisah Muhammad Adib ini. 

- UTUSAN ONLINE

Related Posts:

  • UMNO Perlu Gerak Ke depan Serta Mantapkan Parti. KUALA LUMPUR 26 Feb. – Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta dibuat berdasarkan keinginan parti untuk ber… Read More
  • UMNO Johor akur keputusan MT PASIR GUDANG: UMNO Johor akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT), yang sebulat suara memutuskan penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta. Ment… Read More
  • Kanak-Kanak Bersama Wang Jutaan Ringgit Jadi Viral KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial semalam dikejutkan dengan penyebaran gam­bar seorang kanak-kanak perempuan bersama sejumlah besar wang yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit di da­lam sebuah bilik hotel diper… Read More
  • Guna Internet Dan Media Sosial Untuk Pupuk Perpaduan - Najib KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu terus menggunakan internet dan media sosial sebagai platform untuk memupuk perpaduan dan mengelakkannya daripada disalahguna, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perd… Read More
  • Sokongan Padu Rakyat Jamin Keutuhan – Najib SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan pembentukan sebuah kerajaan negeri yang kukuh adalah bersandarkan kepada sokongan padu oleh segenap lapisan rakyat. Justeru, beliau mengajak rakyat negeri ini, t… Read More