Wednesday, 8 March 2017
Malaysia Selamat Dari Bankrup Kerana Tidak Amalkan Tambatan Ringgit
By @MNA at 00:41:00
Kebijakkan Datuk Seri Najib menimbulkan irihati dan rasa cemburu Tun Mahathir makin bertambah. Terkini tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengambil langkah lebih pro aktif dan bijak dengan tidak mengamalkan Dasar Kawalan Modal ketika mengalami krisis ekonomi berjaya menyelamatkan negara daripada bankrap.
Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng, Datuk Najib boleh melakukan perkara tersebut sebaliknya tidak berbuat demikian kerana tindakan itu hanya akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur kepada negara.
Umum mengetahui pendekatan yang dimaksudkan adalah seperti yang diambil oleh Tun Dr Mahathir semasa krisis matawang dahulu, iaitu menjalankan tambatan ringgit kepada US$1 pada paras RM3.8 dan memperkenalkan Dasar Kawalan Modal (Capital Control).
“Akan tetapi beliau tidak melakukannya, kerana Dasar Kawalan Modal akan memberi impak yang buruk dalam konteks jangka panjang.
Pelabur asing yang membawa masuk sejumlah wang akan disekat dan tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut dari negara kita secara keseluruhanya, ia hanya menyebabkan kehilangan keyakinan terhadap Malaysia,
Teck Meng berkata demikian ketika mencadangkan usul menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad Ke Lima pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parliment Ketiga Belas di Parlimen pada Selasa.
Kebijakkan Datuk Najib dalam usaha mengekalkan kestabilan ekonomi negara langkah terbaik adalah terus menyakinkan pelabur asing untuk melabur.
Ini kerana salah satu intipati ekonomi yang sejahtera adalah keyakinan pelabur ke atas kestabilan Malaysia, maka ia akan dapat memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia.
“Untuk mengukuhkan balik nilai ringgit kita, yang pertama kita harus membuktikan kepada dunia bahawa kita tidak menjalankan dasar dasar yang tidak popular seperti dasar kawalan modal.
“Kedua, mengurangkan defisit dalam bajet dan mencapai matlamat kita untuk bajet seimbang pada tahun 2020, ketiga mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan keempat, tiada sebarang sabotaj oleh mana-mana pihak,”
Dengan keempat-empat langkah yang diambil oleh Datuk Najib itu, negara berjaya keluar daripada krisis ekonomi seperti yang diwar-warkan pembangkang.
Related Posts:
Kejadian Baling Daging Babi Ke dalam Surau Memang Melampau Allahuakbar , dua surau di Serkam, Jasin, dikejutakan dengan ketulan daging yang dicampakkan dipercayai daging babi oleh individu tidak bertanggungjawab, sebagai cubaan provokasi umat Islam.Kejadian pertama dikesan berlaku… Read More
Penyatuan UMNO Dan PAS Amat Diharapkan Demi Agama Presiden UMNO dan Presiden Pas berkata, sudah sampai masanya UMNO dan Pas kembali bersatu demi menegakkan keadilan dan membela agama Islam. ini bukan kali pertama kedua-dua parti itu bergabung kerana sejarah pernah membuk… Read More
Insiden Rusuhan Di Kuil Enam Belas Individu Ditahan Polis Insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, semalam. Enam belas individu, termasuk tiga pekerja syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) direman untuk membantu siasatan. … Read More
Pujuk Memujuk Adun Sokong Usul Tidak Percaya Kepada MB Di Perak Rupa-rupanya beberapa Adun BN Perak telah dipujuk individu di dalam PH bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurut Datuk Saarani Mohamad, sekurang-kurangnya … Read More
Pasaran Saham Menjunam Antara Kepakaran Menteri PH Ribuan terima kasih kita ucapkan kepada kerajaan PH yang amat berkaliber dengan ramai pakar ekonomi yang bertaraf dunia seperti Lim Guan Eng, Tony Pua dan lain-lain, pasaran saham Malaysia dah mengalami kerugian seba… Read More