Monday, 26 November 2018

Pujuk Memujuk Adun Sokong Usul Tidak Percaya Kepada MB Di Perak


Rupa-rupanya beberapa Adun BN Perak telah dipujuk individu di dalam PH bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurut Datuk Saarani Mohamad, sekurang-kurangnya lima Adun BN sudah dihubungi secara berasingan oleh lebih dari seorang individu berjawatan exco Perak untuk tujuan tersebut. bagaimanapun kesemua 25 Adun BN berjanji untuk tidak menyokong usul tersebut kerana tidak mahu mengkhianati sokongan rakyat.

Peristiwa 2009 akan berulang. Adun BN 25 orang, lima orang telah dihubungi, didekati, ditawarkan macam-macam tawaran untuk menyokong mereka bila nak buat undi tidak percaya.

Bila buat di dalam Dewan Negeri, daripada 31 Adun kerajaan hanya 28 Adun akan sokong dan tiga lagi (Adun Bersatu dan bebas) tak sokong, jadi 28 Adun tak cukup nak jadi kerajaan, sebab itu dia perlukan (sekurang-kurangnya) dua Adun pembangkang,

Jika berlaku usul undi tidak percaya terhadap menteri besar, 28 Adun akan menyokong terdiri daripada 18 daripada DAP, enam daripada Amanah dan empat daripada PKR manakala Ahmad Faizal dan dua penyokongannya iaitu Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin serta Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi akan menentang.

Jika Adun-Adun BN dan Pas membuat keputusan untuk berkecuali, Speaker Dun akan mengumumkan usul itu diterima dan Ahmad Faizal sekali gus hilang jawatan sebagai menteri besar.

"Tapi pada masa sama mereka tidak ada kerajaan sebab hanya ada 28 kerusi kerana nak bentuk kerajaan sekurang-kurangnya perlu ada 30 kerusi.

"Jadi kalau itu berlaku kita tunggulah pilihan raya negeri.
"Dalam kalangan mereka sedang berantakan. Kita tunggu masa sesuai untuk isytiharkan kepada wartawan siapa mereka dan apa dia buat," katanya.

Datuk Saarani berkata, Kerajaan Perak yang ada kini tidak kukuh dan mereka tidak boleh nafikan kerana berlaku beberapa kali percanggahan kenyataan di antara Menteri Besar Perak dengan exco kerajaan negeri.

Ini berikutan dari beberapa pekara seperti "Bila menteri besar umum nak buat lapangan terbang di Behrang, seorang exco bercanggah pendapat. Menteri Besar umum Kanun Tanah Negara tidak membenarkan pemberian tanah, esoknya exco buat kenyataan bercanggah.

"Mana boleh exco sanggah MB. Bayangkan exco kerajaan negeri balun MB. Itu bukan disiplin yang baik, ini tidak betul," katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media berasingan berkata, pihaknya bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan jika ditakdirkan berlaku pilihan raya negeri berhubung situasi tersebut.