Sunday, 25 November 2018

Pasaran Saham Menjunam Antara Kepakaran Menteri PH


Ribuan terima kasih kita ucapkan kepada kerajaan PH yang amat berkaliber dengan ramai pakar ekonomi yang bertaraf  dunia seperti Lim Guan Eng, Tony Pua dan lain-lain, pasaran saham Malaysia dah mengalami kerugian sebanyak RM146.3 billion sejak PH jadi kerajaan menurut laporan khas eksklusif daripada e-nanyang, salah sebuah e-portal berita yang utama di Asia Tenggara.

Laporan tersebut juga jelas memaparkan faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan pasaran saham ini adalah disebabkan oleh kerajaan yang tidak stabil, kekurangan keyakinan pelabur-pelabur asing dan sentimen pasaran terhadap kerajaan baru yang tidak dapat menunaikan janji-janji, tambahan dengan keadaan pasaran antarabangsa dengan ketidaktentuan disebabkan perang ekonomi antara Amerika Syarikat dan negara China, masa depan untuk bursa Malaysia memang masih kelihatan suram.

Saya sangka perubahan adalah untuk masa depan yang lebih baik, tapi apa-apa yang kita sebagai rakyat dapat sampai hari ini hanya kehidupan yang semakin susah, harga barang yang semakin meningkat, hubungan antara kaum yang semakin tegang, cuma apa yang saya dapat tahu hanya gaji para menteri yang semakin lumayan hingga boleh dapat berpuluh-puluh ribu setiap bulan walaupun tidak ada apa-apa sumbangan yang signifikan kepada negara dan rakyat sampai hari ini.

Adakah ini era baru untuk Malaysia?
I doubt.