Friday, 6 January 2017

Jentera BN, UMNO Diingatkan Bersiap Siaga Hadapi PRU - TPM Ahmad Zahid


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan semua jentera Barisan Nasional dan UMNO supaya bersiap siaga dari segi strategi menawan hati pengundi terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas timbalan presiden itu berkata gerak kerja jentera adalah melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing terutama di kawasan-kawasan tumpuan yang mana kerusinya BN kecundang atau mempunyai kelebihan sedikit.

Beliau berkata jentera BN dan UMNO perlu memastikan agar hati dan pemikiran pengundi di kawasan tumpuan itu dapat dimenangi supaya kerusi di kawasan tumpuan memenangi majoriti yang diperlukan.

"Saya merasakan bahawa seteru politik telah melipatgandakan kerja-kerja mereka dan saya yakin kalau usaha-usaha (jentera BN dan UMNO) melebihi daripada seteru politik kita, maka kawasan-kawasan tumpuan akan dapat kita peroleh semula kemenangan," kata beliau kepada pemberita selepas berjumpa dengan kepimpinan UMNO Bahagian Muar, Ledang, Pagoh dan Ledang di Bangunan UMNO Muar, di sini.

Ahmad Zahid turut mengingatkan jentera UMNO supaya turut membantu jentera BN daripada parti-parti komponen dalam mendekati kumpulan sasaran bukan Melayu agar mereka turut memihak kepada BN pada PRU14.

Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira sejam berjumpa dengan barisan kepimpinan empat UMNO Bahagian dalam satu majlis tertutup di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed.

Antara anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turut hadir termasuk ADUN Sungai Balang Zaiton Ismail dan ADUN Serom Abd Razak Minhat.

Ahmad Zahid, yang tiba kira-kira 3.55 petang itu, turut dibawa melawat bangunan dan kemudahan yang disediakan di situ termasuk melihat potret-potret pemimpin UMNO terdahulu.

Pada majlis itu juga, Ahmad Zahid juga dikejutkan dengan hadiah pulut kuning dan kek harijadi sempena hari kelahiran beliau yang ke-64 semalam (Rabu).-Bernama

Related Posts:

  • LTAT Mulakan Tindakan Undang-Undang Terhadap Rafizi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Rami, kata Pengerusinya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor. “Adalah jelas sama sekali bahawa tuntutan yang di… Read More
  • Laporan Terkini 1MDB Laporan PAC telah pun dibentang dan seluruh Jawatan kuasa yang mewakili tiap parti telah bersetuju dan menerima pakai hasil siasatan sebagai keputusan .  1) Hari ini, PAC membentangkan Laporan Jawatankuasa Kira-K… Read More
  • Tun Mahathir Bersekongkol Dengan Individu Liberal, Kata Pakar Perlembagaan  Gerakan Selamatkan Malaysia yang dikepalai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak sangat berbahaya kerana ia turut disertai pihak yang ‘tidak percaya kepad… Read More
  • MB Kedah Serah Deklarasi Sokong Najib Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menyerahkan ‘Deklarasi Kedah’ sebagai ikrar memberikan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Deklarasi yang disokong … Read More
  • Rafizi Hero Putar Alam Ditangkap -PKR Puas Hati 5 APRIL : Selama ini, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli mungkin merasakan dirinya hebat dan seolah-olah hero kerana kononnya selalu terkehadapan dalam mendedahkan segala macam keburukan kerajaan. Beliau juga sebe… Read More