Wednesday 6 April 2016

Rafizi Hero Putar Alam Ditangkap -PKR Puas Hati



5 APRIL : Selama ini, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli mungkin merasakan dirinya hebat dan seolah-olah hero kerana kononnya selalu terkehadapan dalam mendedahkan segala macam keburukan kerajaan.
Beliau juga sebelum ini sering kali mendabik dada seolah-olah mencabar pihak..berkuasa..menahannya kerana selama ini Setiausaha Agung PKR itu seolah-olah kebal berleluasa menabur fitnah.
Lantaran itu, beliau merasa dirinya hebat di mata masyarakat berbanding ahli-ahli pembangkang parti lain.
Hakikat itu bagaimanapun mungkin hanya dirasakan diri beliau sendiri lantaran penahanan beliau di luar pagar kawasan parlimen petang tadi menunjukkan keadaan sebaliknya.
Laman media sosial kecoh memperkatakan hal itu namun apa yang menarik perhatian ialah kebanyakan kumpulan WhatsApp PKR sendiri seolah-olah bergembira menyambut berita penahanan Rafizi.
Antaranya ialah menerusi kumpulan WhatsApp Komentar isu PKR Sepang di mana ahli parti itu meluahkan rasa puas hati dengan menulis kenyataan ‘padan muka asyik nak buat kecoh je’ terhadap Rafizi yang juga merupakan Naib Presiden PKR. 

Begitu juga dengan kumpulan WhatsApp Angkatan muda KEADILAN yang turut menyatakan perkara yang sama.
Sekaligus, perkembangan terbaru dalam sepak terajang politik Rafizi yang selama ini kononnya memperjuangkan hak rakyat jelas memperlihatkan bahawa tidak semua isu dan benda sesuai untuk diperkatakan secara bebas dan boleh sahaja dibincangkan di mana-mana tempat.   

Rafizi petang tadi ditahan dan dibawa ke Bukit Aman untuk disoalsiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi atas fitnah yang dibuatnya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun Twitternya mengesahkan Rafizi ditahan di luar Bangunan Parlimen dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Persoalannya, apa mungkin Rafizi selepas ini akan mengeluarkan lagi kenyataan, “saya hanya bergurau”.