Wednesday, 5 October 2016

Bentang Selepas Pilihan Raya Umum Pun Pembangkang Tetap Anggap Bajet Gula-gula Rakyat

Image result for gambar malaysia budget 2017
KUALA LUMPUR – “Seperti kebiasaan kita tidak terkejut jika Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Oktober nanti akan dilabelkan pelbagai gelaran terutama ungkapan paling popular yang sering digunakan pembangkang iaitu Bajet Gula-gula Rakyat apatah lagi dalam keadaan semua parti politik membincangkan soal pilihan raya umum.
“Ini bukan perkara baru jika bajet dibentangkan selepas pilihanraya umum sekalipun mereka tetap mengatakan bajet tersebut Bajet Gula-gula rakyat.  Ini memang perangai semula jadi pembangkang yang melihat semua perkara yang dilakukan kerajaan adalah sesuatu yang negatif”, demikian menurut Ketua Penerangan UMNO Terengganu, YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.
Hakikatnya jelas beliau setiap bajet yang dibentangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambilkira pelbagai faktor seperti keadaan ekonomi, keperluan rakyat, keutamaan prasarana, kepentingan masyarakat dan sebagainya.
“Ini bukan bajet kosong yang tidak bersandarkan fakta dan angka yang sering dibentangkan pembangkang. Mereka boleh bentangkan apa yang mereka suka yang boleh menjadikan mereka popular seperti janji-janji bulan bintang pada setiap pilihan raya.
“Bajet sesebuah negara mestilah bajet yang bertanggungjawab, bajet dalam jangkauan kemampuan negara yang memfokuskan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.  Bajet negara bukan bajet kertas kosong macam pembangkang”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya menegaskan pembangkang amat mudah untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai apa yang terkandung di dalam bajet negara kerana mereka tidak tahu secara menyeluruh kedudukan ekonomi serta segala perbelanjaan dan sebagainya lagi.
Katanya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab apa yang diperkatakan serta dibentangkan sudah tentu akan mengambil kira segala aspek dan segala perkara yang berkaitan demi manfaat rakyat dan negara.
“Jika mahu bercakap soal ini, bagi saya ianya tidak ada kaitan soal pilihan raya dan pelbagai faktor lain. Apa yang penting sudah tentu Perdana Menteri mahukan yang terbaik untuk seluruh rakyat baik di bandar mahu pun luar bandar.
“Aktiviti ekonomi sudah tentu akan dirancakkan lagi dan kita percaya perkara berkenaan akan diberi tumpuan oleh kerajaan. Jadi sama-samalah kita tunggu dan lihat perancangan kerajaan pada pembentangan bajet 2017 nanti,” ujarnya. –MediaUMNO

Related Posts: