Kira kira lima ribu orang hadir pagi ini untuk raptai perarakan dan persembahan kemerdekaan. Penuh Dataran Merdeka dengan raptai 31 Ogos 2016.
Dengan penuh semangat cintakan negara, peserta peserta itu membuat latihan di Dataran Merdeka.
Jumlah mereka lebih ramai dari sekumpulan mahasiswa yang ugut hendak buat demo di hadapan Sogo.
Di hadapan Sogo, situasinya amat tenang sekali. Tiada langsung nampak kelibat mahasiswa yang mengancam hendak berdemo.
Malah di Twitter, hashtag yang cuba dipopularkan mereka iaitu #TangkapMO1 langsung tidak menjadi trending di Malaysia.
Nampaknya demo haram ini bakal temui kegagalan besar. Majoriti mahasiwa tolak demo haram dan tidak mahu intelektual mereka nilainya semurah di jalanan.