Monday, 9 September 2019
Islam Hadhari Lahirkan Individu Berdaya Saing Berteraskan Kekuatan Rohani
By @MNA at 13:50:00
Persidangan Antarabangsa Dialog Antara Peradapan yang berlangsung di Seville dihadiri oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Malaysia sedia membantu Sepanyol untuk mengembalikan peradaban Islam dengan cara membawa tokoh-tokoh dan para para ilmuan untuk berinteraksi dengan komuniti setempat di sana.
Setiausaha Agung Hadhari Global Network, Datuk Jefridin Atan berkata, langkah tersebut merupakan satu daripada usaha untuk memartabatkan peradaban Islam khususnya industri halal yang menjadi tumpuan utama komuniti global ketika ini.
Kita memberi pandangan tentang budaya dan cara hidup Islam yang diamalkan di Malaysia. Sebab itu kita menggariskan Islam Hadhari kerana ia menekankan kesamarataan dan nilai-nilai pembangunan sejagat yang tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk dan berbilang agama.
“Prinsip Islam Hadhari ini dapat melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan rohani, berdaya saing serta cekap menangani cabaran semasa secara bijaksana”
Persidangan antarabangsa itu bertujuan membincangkan aspek-aspek peradaban, kemanusiaan serta ekonomi Islam.
Penganjuran persidangan itu berjaya menghimpunkan kira-kira 200 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk tokoh-tokoh akademik, pemain industri, pembuat dasar, pemimpin masyarakat dan pihak-pihak lain yang berkaitan daripada beberapa negara dunia seperti Maghribi, Mesir dan Jepun.
Related Posts:
Dana Untuk Setiap Negeri, Termasuk Negeri Pembangkang - Najib Kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk semua negeri setiap tahun, termasuk negeri diperintah pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata dana itu diberi mengikut bilangan penduduk, penyelengga… Read More
Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Berlangsung Penuh Meriah Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Dewan Tun Razak I, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung penuh meriah dengan kehadiran rakyat dari segenap kaum. Sebaik majlis dibuka jam 11 pagi, orang ramai yang berkumpul di … Read More
Mukhriz Mengaku Mahathir Dan Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib Sebagai PM Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengaku bahawa bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk … Read More
Tun Mahathir Perlu Jelaskan Pendirian Mengenai Anwar - PM Najib Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, k… Read More
Lebih 100 Tadika KEMAS Perlu Dinaik Taraf Keselamatan Dan Kemudahan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengenal pasti lebih 100 tadika di seluruh negara yang perlu dinaiktaraf berikutan aspek keselamatan dan kedaifan kemudahan. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri… Read More