Friday, 6 September 2019
NAJIB VS PH ISU PENJAWAT AWAM
By @MNA at 16:31:00
Satu tulisan yang menarik yang perlu dikongsi dan disampaikan kepada anda netizen semua.
Saya lahir daripada keluarga penjawat awam. Ibu saya seorang guru dan jawatan terakhir ayah saya sebelum bersara (tahun 2001) adalah Timbalan Pengarah. Perkhidmatan awam pada zaman PM ke 4 tidak begitu baik. Ayah saya hanya memandu Perodua Rusa. Ibu saya naik Kancil 660cc paling basic yang tak ada radio.
Apabila Pak Lah menjadi PM ke 5, beliau memilih untuk menaikkan mutu perkhidmatan penjawat awam. Tahun 2007, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 35% sementara elaun sara hidup dinaikkan sekali ganda. Kesannya, kadar rasuah dikalangan penjawat awam bawahan menurun secara mendadak
Pada zaman DS Najib Razak mewarisi jawatan eksekutif no 1 negara, beliau meneruskan legasi ini. Tetapi dengan fokus khas bagi penjawat awam pangkat rendah yang tertakluk kepada golongan B40. Antaranya:
Tahun 2012, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 12%. Pencen minimum dinaikkan dari RM720 kepada RM820 sebulan dan elaun sara hidup dinaikkan RM50 kepada penjawat awam yang bertugas di pinggir bandar.
Tahun 2013, kenaikan pangkat secara besar-besaran PDRM dan ATM berdasarkan time-based dan perubahan lapisan gred. Skim Perumahan Penjawat Awam (PP1M) diwujudkan dengan sasaran 200 ribu unit rumah disiapkan menjelang tahun 2020.
Tahun 2015, imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada minimum RM300
4. Tahun 2016, gaji minimum dinaikkan daripada RM832 kepada RM1200. Pencen minimum dinaikkan lagi kepada RM950 sebulan.
Prinsip DS Najib ketika itu senang dibaca. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan servis terbaik, bayar mereka setara dengan kualiti kerja mereka. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan fokus dan tenaga 100%, pastikan kemudahan asas dan pendapatan mereka mencukupi.
Dan insentif yang pelbagai ini dibalas oleh penjawat awam melalui prestasi tinggi badan-badan kerajaan. Anda boleh lihat bagaimana UTC dan RTC diwujudkan - memberikan servis pantas kepada rakyat.
Akhirnya masa rakyat tidak terbuang dan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada peningkatan pungutan cukai, kewujudan pekerjaan baru dan kenaikan gaya hidup.
Bayangkan bagaimana Bank Dunia sendiri mengiktiraf UTC dan RTC sebagai antara model perkhidmatan kerajaan terbaik dunia
Ini kitarannya. Saya tidak tahu sama ada kerajaan baru faham kitaran ini.
Sebab itu dalam 7 tahun pertama pentadbiran beliau, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan. Saya tidak tahu berapa juta pekerjaan yang PH dah buat. Mungkin 5 bilion selepas wujudnya Gojek
Malah hebatnya golongan pekerja diMalaysia sehinggakan pada tahun 2017, KWSP diiktiraf oleh State of The Global Islamic Economy sebagai badan yang mempunyai pelan simpanan Islamik paling besar di dunia.
Berapa caruman terkumpul KWSP? RM814.4 bilion pada 2017 berbanding RM341.6b pada 2009.
Hari ini kita terbaca bagaimana seolah olah penjawat awam adalah beban. Seolah olah penjawat awam bergaji terlalu besar. Seolah olah bayaran pencen mereka membazirkan harta negara.
Saya teringat gambar 2 orang jururawat bangga mengibarkan bendera PKR di hadapan Seri Perdana pada malam 9 Mei 2018
Apa khabar mereka agaknya
#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation
Tulisan : Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu
Related Posts:
#PRNSarawak : N3 Tanjung Datu , PKR Kalah Teruk N3 Tanjung Datu Keputusan undi tidak rasmi BN: 4980 PKR: 345 Rosak:68 Majoriti: 4635 … Read More
#PRNSarawak : N2 Tasik Biru, DAP Kalah N2 Tasik Biru keputusan tidak rasmi DAP – 3,486 BN – 4,450 … Read More
#PRNSarawak : Dr Juanda Menang Besar Keputusan penuh tidak Rasmi DUN N44 Jemoreng BN-5001 BEBAS-1284 PAN-187 ROSAK-121 MAJORITI = 3717 KEPUTUSAN TIDAK RASMI BN MENANG … Read More
#PRNSarawak : N51, N52, N53 Bukit Assek, Dudong Dan Bawang Assan BN Menang Menurut keputusan tidak rasmi, N51 Bukit Assek DAP – 73 BN – 232 STAR – 5 N52 Dudong DAP – 644 BN – 1546 STAR – 17 Independent – 1234 N53 Bawang Assan DAP – 1195 BN – 2192 STAR – 27 Independent – 202 … Read More
#PRNSarawak : N16 Muara Tuang, BN Kalahkan PAS Dan PAN KEPUTUSAN TIDAK RASMI N.16 MUARA TUANG BN – 9503 PAN – 753 PAS – 1542 ROSAK – 233 JUMLAH UNDI – 12031 MAJORITI – 6975 … Read More