Thursday, 29 August 2019
Pembelian Kereta Baru Exco Perak Tidak Mendapat Pelepasan Cukai ?
By @MNA at 19:28:00
Rakyat perlukan penjelasan kerajaan negeri perlu menjelaskan mengenai pembeli 16 buah kereta rasmi baharu Toyota Camry untuk kegunaan rasmi yang sebenarnya tidak mendapat pelepasan cukai.
Menurut Datuk Saarani Mohamad, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu perlu menjelaskan perkara itu kerana kerajaan negeri tidak bercakap benar dalam jawapan rasmi pada sidang DUN baru-baru ini apabila menyatakan harga pembelian mendapat pelepasan cukai.
Menurutnya, sedangkan Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa pembelian tersebut tidak mendapat pelepasan cukai kerana bukan dipasang dalam negara (CKD).
Beliau berkata, malah semalam Kementerian Kewangan memberitahu tidak menerima permohonan daripada kerajaan negeri untuk pelepasan cukai bagi pembelian tersebut.
"Apabila wakil kerajaan menjawab dalam Dewan dan faktanya salah, ia telah menipu Dewan.
"Mengapa disembunyikan fakta sebenar? Kalau betul tak ada pengecualian cukai, beritahu sahaja, mengapa perlu tipu rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Saarani, dalam sidang DUN bulan lalu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi yang menjawab bagi pihak kerajaan memberitahu harga kereta Toyota Camry tersebut ialah RM190,000 seunit.
Beliau berkata, namun kerajaan negeri membelinya pada harga RM109,00 seunit kerana mendapat pelepasan cukai.
"Namun sebenarnya kerajaan negeri tidak pun menghantar permohonan untuk mendapatkan pelepasan cukai bagi pembelian tersebut.
"Jangan cuba berselindung, kita nak tahu apa yang kerajaan negeri cuba sembunyikan,"
Related Posts:
Kenaikan Gaji Penjawat Awam Tetap Dilaksanakan 1 Julai Ini - KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan tetap melaksanakan kenaikan satu tangga gaji bagi 1.4 juta penjawat awam pada 1 Julai ini seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2016, kata Ketua Setiausa… Read More
Rakyat Malaysia Paling Banyak Berhutang Di Asia, Tinjauan Manulife KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kaji selidik oleh Manulife menunjukkan bahawa 68 peratus daripada rakyat Malaysia berhutang, kadar tertinggi dalam kalangan lapan pasaran yang ditinjau di Asia, dan lebih dua kali ganda pura… Read More
Masa Timbalan Tak Membantu, Sekarang Ahli Biasa Jangan Pulak Nak Menghantu Muhyiddin mungkin ada perancangan sendiri kenapa dia memilih untuk kekal dalam UMNO takala Mahathir keluar dari UMNO. Apa pun perancangan itu, penulis tak rasa ia baik untuk parti tapi sememangnya berbanding Mahath… Read More
PM DSN Zahirkan Ucapan Terima Kasih Kepada Kerabat Diraja Arab Saudi. Perdana Menteri menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerabat Diraja Arab Saudi kerana sokongan mereka untuk Malaysia yang telah kekal sekian lama dan terus kukuh. Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa itu melalui… Read More
SPM 2015: 9,721 Candidates Obtain A In All Subjects, But GPN Drops Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof PUTRAJAYA, March 3 (Bernama) -- A total of 9,721 candidates obtained excellent results (Grade A+, A, A-) in all subjects in the 2015 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination, but… Read More