Penyanyi dan pengarah muzik, Namewee atau Wee Meng Chee, ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, petang tadi, berhubung klip video lagunya yang didakwa menghina Islam Namewee, 33, ditahan sekitar jam 3.20 petang oleh anggota polis, sejam selepas dia tiba dengan penerbangan dari Taiwan. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ghafar Rajab, berkata suspek akan diambil oleh Polis Pulau Pinang, dan dibawa ke Georgetown, untuk mendapatkan perintah tahanan reman dari Mahkamah Majistret, esok. Katanya, Namewee ditahan selepas pelbagai pihak membuat laporan polis berhubung klip video yang dilakukan di Masjid Terapung, Tanjung Bunga, Pulau Pinang. “Siasatan ke atasnya dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama mana-mana penganut,” katanya. Dalam rakaman video berdurasi 4.05 saat itu, Namewee bersama tiga lagi yang lain menyanyikan lagu bertajuk ‘Oh My God’ dalam bahasa Mandarin, yang didakwa menghina Islam.
Mahathir Tidak Tahu, Azmin Selalu Buat Tidak Tahu
Ya itulah yang sedang berlaku antara Mahathir, sebagai bapa angkat dan Azmin Ali yang menjadi anak angkat kepada Mahathir. Seorang jadi Pengerusi Pakatan Harapan dan seorang lagi jadi Menteri Besar Selangor.
Masa insiden …Read More
Kerana Kejar Kuasa, Soal Agama Ditolak Ke Tepi
Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad kini menjadi bidak catur kuasa terbaru DAP. Mahathir menggunakan isterinya untuk bersekongkol dengan Ambiga, tokoh pejuang LGBT di Malaysia.
…Read More
Bila Semua Dah Tak Tahu, Pegang Jawatan PM 22 Tahun Untuk Apa!!!
Anwar Pernah Cakap Mereka Yang Bagi Kebenaran, Pelik Bila Cakap Tak Tahu.
Pelik sungguh, selama ini Mahathir yang selalu marah orang bila cuai dan tidak cekap. Macam mana boleh cakap "tidak tahu" bila hilang RM32 billion…Read More