Syawal menjelang mengantikan Ramdhan. Bulan yang dinanti-nantikan beri pelbagai keberkatan dan kegembiraan kepada seluruh umat manusia.
Sekejab sahaja rasanya masa berlalu.. anak- anak pelajar sudah kembali ke kuliah.. para pekerja mula meneruskan tugas hakiki.
Namun bahang beraya masih hangat terasa. Jemputan rumah terbuka mula bersusun yang perlu dihadiri.
Perlu diingatkan dalam enak menjamu selera jangan alpa pada kesihatan.
Makanan yang berkhasiat membentuk peribadi yang baik..
Seperti kata Datuk Seri Najib.. makan tidak salah..tetapi kita perlu tahu apa yang kita makan. Kesihatan yang baik menjamin hidup yang sempurna.
Jadi amalkan tabiat pemakanan yang sihat.