Macam Mahathir ni, beliau ada meminta 'something' dari Najib untuk kroni dan legasinya seperti pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dan Singapura... Tetapi projek tersebut telah ditolak oleh Najib dan pembinaan tersebut tidak dapat dijalankan.
Bila tak dapat 'gula-gula' jambatan bengkok tu... Mahathir pun mula nak merengek dan merajuk macam budak-budak.... Satu-satu usaha dia lakukan untuk menjatuhkan Najib gagal... Sehingga beliau terpaksa mengambil jalan keluar dari parti dan bersama pembangkang yang merupakan musuh seterunya.
Bila dah bersama pembangkang... Mahathir ingat dengan sokongan pembangkang beliau dapat jatuhkan Najib... Tetapi semua tu tak berjaya sebab pembangkang pun duk huru-hara... Bila dah gagal tu, Mahathir terpaksalah mengambil jalan yang kononnya 'terbaik' untuk menjatuhkan Najib dengan memastikan Barisan Nasional kalah.
Mahathir kata, dia akan pastikan Barisan Nasional kalah kerana disebabkan Barisan Nasional Najib masih kekal sehingga ke hari ini.... Bagi nak mengalahkan Barisan Nasional, Mahathir akan turun membantu pembangkang untuk berkempen.
Tapi hairan juga.... Kenapa Mahathir 'beriye-iye' nak tolong berkempen dalam dua PRK yang akan diadakan serentak pada 18 Jun ni yer?? Kenapa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang baru berlangsung baru-baru ini, Mahathir tak turun bantu?? Mahathir takut tak boleh masuk ke negeri Sarawak ke?? Hahaha..
Macam ni jelah Mahathir... Kalau Mahathir rasa nak tolong berkempen untuk pembangkang... 'Go on' jelah Mahathir... Tapi satu jer Mahathir kena ingat... Mahathir akan dimalukan dalam PRK ini kerana PRK ini tetap akan dimenangi oleh Barisan Nasional!! -