Dalam buku bertajuk "Notes to the Prime Minister : The Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators" yang ditulis Nor Yackop pada 2011 ada menceritakan ;
"Di satu persimpangan, ada satu motorsikal bergerak perlahan, Mahathir menurunkan cermin kereta dan memandang ke luar. Dia melihat seorang lelaki yang penuh kemurungan berjalan ke arah deretan kedai untuk makan tengahari. Lelaki yang murung itu adalah saya" kata Nor Yackop.
Nor Yackop ditegur Mahathir, dua tiga hari selepas itu Nor Yackop diajak ke Argentina oleh Mahathir. Berbincang dengan Mahathir untuk tambat ringgit di resort milik Arumugam, salah seorang proksi Mahathir.
Kemudian, April 1998, Nor Yackop berhenti di syarikat Mun Loong kerana dilantik sebagai Penasihat Mahathir di Bank Negara. Bermakna, Mahathir dan Nor Yackop sudah lama mengenali antara satu sama lain. Jumpa di tepi jalan pun, Mahathir boleh kenal Nor Yackop.
Tentu ada hal yang sangat sulit yang dibincang di Argentina selain tambatan ringgit. Hanya mereka berdua sahaja. Semua orang tahu, Mahathir selalu memberikan arahan mulut dan lisan sahaja untuk melaksanakan sesuatu. Boleh jadi Nor Yackop juga terima arahan lisan sesama urusniaga mata wang di Bank Negara dahulu. Siapa yang tahu, boleh jadi.
Semalam, dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Istana Kehakiman Putrajaya, Nor Yakcop membuat pengakuan besar bahawa beliau yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam Skandal Forex.
Nor Yackop memberitahu semalam bahawa dia tidak pernah berbincang dengan Mahathir, Daim dan Anwar untuk melakukan urusniaga mata wang. Nor Yackop kelihatan cuba menyelamatkan Mahathir daripada dipertanggungjawabkan dalam skandal ini.
Dalam keterangannya di hadapan panel RCI, Nor Yakcop ada berkata bahawa dia tidak dapat mengingati berapa had yang dibenarkan ketika BNM memperdagangkan mata wang asing pada ketika itu. Betulkah tidak ingat? Atau sengaja buat buat lupa?
Bagaimanapun, bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohd Saaid berkata, bank pusat itu memperdagangkan mata wang asing sehingga mencecah RM50 juta sehari. Takkan, Nor Mohamed yang pada masa itu hanya sebagai ketua jabatan boleh "approve" sampai RM50 juta sehari?
Sudah pasti ada Orang Atasan Nombor Satu (OA1) yang lebih berkuasa dari diri beliau dalam membuat keputusan berkenaan. Apa yang dilakukan oleh Nor Yackop hingga Bank Negara rugi RM32 billion seperti yang disebut oleh Tan Sri Zeti adalah bertentangan dengan undang undang sebenarnya.
Ainum yang pada masa itu sebagai Ketua Bahagian Penasihat Pejabat Peguam Negara menyatakan pejabatnya tidak menerima cara BNM mentafsirkan undang-undang dagangan Forex dan ia bertentangan dengan peraturan.
Siapa yang cuba Nor Yackop lindungi?
Anwar minta disembunyikan kerugian RM32 billion ini kerana bimbang beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan. Apakah Mahathir juga tidak bimbang akan diminta letak jawatan?
Kegawatan ekonomi 1997, Mahathir menyalahkan George Soros. Semalam, Nor Yackop juga menyalahkan Soros sebagai punca Bank of England rugi ketika urusniga forex pada 1990an. Rugi sampai RM32 bilion dan ekonomi gawat semuanya salah Soros.
Skrip "kambing hitam" yang sama. Kemudian rileks sahaja Mahathir jumpa Soros di Hotel Plaza di Manhattan, New York sepuluh tahun selepas itu. Sama macam Mahathir melihat "kambing hitamnya" murung berjalan seorang diri di tepi jalan selepas hilang RM32 billion.
Sudah selesai kambus semua benda, dilantiklah orang yang murung itu jadi penasihatnya selepas itu. Nor Yackop nampaknya begitu setia dengan Mahathir. Sanggup buat apa sahaja, asalkan tengkuk Mahathir selamat.
Selepas selesai siasatan panel RCI Skandal Forex ini, rakyat boleh menilai dan menganalisa sendiri, siapa sebenarnya dalang sebenar yang sebabkan negara rugi RM32 billion suatu ketika dahulu. Buku ini lebih bermakna dari buku yang pernah Nor Yackop tulis dulu. Murung lagi selepas ini.
Sumber :Pena Beruang Biru